Wednesday, March 13, 2013

Mengapa,, Kenapa,,Bagaimana,,,dan dot..dot..

Assalamualaikum..



Persoalan yang pelbagai pada saat ini,
Masalah, sedih dan sakit menjadi pendamping buat diriku
dan aku selalu bertanya mengapa??
Adakalanya airmata menjadi Peneman segala kesakitan
bukannya lemah tetapi ianya satu kekuatan
yang menjadi peneman di kala kesedihan.


Bagaimana untuk aku mengatasi semua ini?
Jawapannya ada pada diri mu
Pilih jalan ke arah Allah adalah lebih baik
cuba muhasabah diri dan terima 
semua ini sebagai ujian untuk mematangkan
dirimu wahai hamba Allah S.W.T.


Kenapa diriku menerima semua ini?
Tentunya Allah tidak akan memberikan sesuatu itu
lebih daripada batasan kita untuk menanggung
semua ujian itu,percayalah
Allah memberikan yang terbaik kepada
Hambanya In shaa Allah.


Bersabarlah wahai hati seseungguhnya Allah S.W.T
Memberikan kamu lebih baik yang pastinya
buat kamu dan juga masa depan kamu
sedih menjadi kemestian tetapi
Bangit dari sedih juga satu kewajiapan.

Biarlah hati ini untuk Allah S.W.T
Kesedihan dan juga kerinduaan ku serah padamu
Ya Allah Jika dia memang untuk ku
In Shaa allah semuanya akan terjadi
dengan baik ...


CC : Mr Google





Tuesday, March 12, 2013

Lagu Hits Pilihan Hatiku

Assalamualaikum

Sebelum nak memulakan entri ini. sanah nak mengucapkan takziah kepada keluarga anggota ATM yang telah gugur di medan pertempuran pada pagi tadi di Lahad datu moga rohnya dicucuri rahmat amin. Okey sanah mulakan cerita sanah ok..sekarang ni kerana tak ada kerja lagi so banyak masa sanah diluangkan kepada Facecook...tagged... Blog .. dan juga Youtube.  So Hari ini sanah nak share kat korang antara lagu yang menjadi kesukaan sanah pada masa ini...dan boleh juga dikatakan lagu favorite so lets us Chek de Out.





           





                           


                    



                                 

                                




                                        






                                         



Sanah rasa ni merupakan sebahagian lagu kegemaran sanah buat masa kini ,, korang pula?? so actually sanah memang seorang pengemar muzik pantang ada lagu baru sanah akan dengar ,,sedap ke tak sedap yang penting kita dengar dulu ya dak. 

Sunday, March 10, 2013

~ Jalan-jalan Tambah Lemak ~

Assalamualaikum

Selamat petang semua, petang-petang minggu ni memang best jika beriadah bersama family dan juga rakan-rakan kan. Hujung-hujung minggu macam ni lah yang best untuk kita lepas tension yang mana kerja dan juga study ,, teringat zaman uni dulu ehhh. Okey itu semua hanya mukadimah ok, fokus sanah hari ini adalah nak cerita pasal makanan yum2...yum...jangan pula korang tergoda ye bagi perempuan tu sabar-sabar ye ..kang terus naik 7 kilo ambik kau jemah. tak pasal-pasal kan. 

Zaman study or zaman kampus membuatkan sanah begitu gembira , maklumlah banyak benda yang dipelajari bukan sahaja dalam bidang akademik , tetapi juga hal-hal yang lain. contohnya Hangout upss tu ada kaitan dengan pelajaran ke??? haa...tak apalah yang penting  aku nak kaitan kan juga.Masa study dlu antara hobi FEVERET orang katakan adalah MENGISI LEMAK dengan Makanan..Yhooooooooo.

Mengisi lemak memang satu aktiviti yang sanah dan kawan-kawan paling suka, pantang je hangout nak saja menambah berat badan. kalau dah kat shoping kompleks masing -masing akan tanya kat mana makan? jawapan mesti macam ini" armm ikut korang je" ...pas tu kawan yang satu pun akan balas " ala aku pun mana- mana je" ...Last2 aku juga yang kena pilih haa....Antara Pilihan itu,,,,


Chicken Rice shop....Bukan sekadar Nasi Ayam


Tak perlu bagi tahu la korang lagi arif kan ce teka??


Yang ni kawan yang choice stim Food


Yang salaH satu hidangan kesukaan sanah Odon Mee


sanah bukan pengemar tomyam tapi lepas makan kat kedai ni jadi hantu tomyam pula


Salah satu restoran kegemaran juga satay Hj samsuri yummy



Gambar yang dua2 kat atas ni xpayah kot nak dibagito kan


Kenny Rogers Beda..oiiii


Seperti yang korang tahulah ya..tu adalah sebahagian aktviti menambah lemak , dah memang salah satu aktiviti wajib kome pun sama juga 2 x 5 =15  ok mate fail haa... kadang-kadang pantang je ada buka restoran baru memang antara muka yang wajib pergi adalah kitorang la ehh....Bila ingat kembali rasa rindu pula mak jemah nak aktif aktiviti menambah lemak ni.,tapi sekarang ni kena kawal bedah kalau tak kebaBOMM la jadinya,,, Hope korang pun bolen enjoy aktivti korang ye macam aktiviti mak jemah ni ..

Friday, March 1, 2013

1 .3.13 What Happen??

Assalamualaikum.


1.03.2013 - Buka Fb macam biasa , dalam baca-baca status orang tu semua majoriti kata" dengar Lahad datu kena serang" berita semakin menjadi-jadi bila semua orang terutamanya orang sabah meng"update"kan benda yang sama iaitu tentang perang yang tercetus di Lahad datu. Masa itu, apa yang sanah rasakan adalah risau, kerana ianya  satu berita yang mengejutkan kerana yang mengaitkan tentang perkara yang di takuti iaitu " PERANG " Hanya Allah saja yang tahu pada betapa risaunya hati ini, memikirkan rakyat yang berada di lahad datu dan sampai sekarang kerisauan itu tak terhenti.

Sungguhpun sanah bukan berada di Lahad datu tetapi sebagai rakyat sabah yang tinggal di sabah ni risau memang ada, perkara yang paling merisaukan adalah apabila tepat jam 12.00pm semua status kat FB mengatakan ada tentera yang terbunuh.  Ya Allah pada masa itu sanah rasa dah tak tentu arah dah kerana ianya melibatkan nyawa.. akhirnya berita yang diberikan disahkan melalui berita di BERNAMA.


Sedih, risau dan marah semua ada namun kesedihan pada masa ini mengatasi perasaan yang ada sekarang akhirnya parajurit kita terkorban yang paling menyedihkan ,penerimaan keluarga mereka terhadap kematian wira negara itu. Sungguh pilu bila melihat anak kecil mengatakan " papa kena bom" air mata menitis ketika anak kecil itu berkata demikian.








Takziah buat keluarga, wahai rakyat malaysia marilah kita mendoakan agar sabah dan malaysia masih berada dalam keadaan aman dan berharap agar ianya pulih seperti biasa aamiin. Hentikan persengketaan politik pada masa ini ,tolong tumpukan perhatian kepada isu yang mana akan menjejaskan ketenteraman negara. Jika dulu kita selalu memainkan isu gaza dan perihatin kepada mereka ,saya rasa pada masa kini isu itu perlu beralih kepada Lahad datu dan rakyat Malaysia pula...#PRAY for LD#.Kawan-kawan blogger sekalian sanah pinta korang doakan kesejahteraan rakyat di Lahad datu dan melakukan apa yang terdaya untuk membantu warga yang berada dalam zon bahaya pada masa ini.

Monday, February 18, 2013

My Home Town ~ Home Sweet Home ~

Assalamualaikum

Hai Korang, Kerana bosan maka terkeluarlah idea nak tulis entri yang ringkas. Selama bergelar pengganggur terhormat ni, sanah banyak habiskan masa di rumah dan menghabiskan masa terlongok kat internet ni mana taknya nak cari kerja la katakan. Doakan sanah semoga rezeki sanah dipercepatkan aamiin. So nak cerita lah kat korang antara aktiviti kat kampung adalah makan, bersama family uh how sweet gitu. Malas nak berceloteh panjang ehehh.,,,nikmatilah keindahan alam  Okey ...Merapuh...





Ayah Tengah menjolok buah kelapa..Come on dad...



Teratak En Mohd Jul Sekeluarga Alhamdulillah Simple je

#  Bersyukur dengan apa yang kita ada, inshallah allah akan berikan kita dua kali ganda dengan apa yang   kita syukuran itu. Renung-renungkan Selamat beramal..#



Sunday, February 17, 2013

My Style Of Hijab

Assalamualaikum


           Selamat Petang Awak- awak semua, Ehh tetiba je nak panggil awak - awak kan. Petang ni kerana dek bosan dan  tak tahu nak buat apa, so sanah nak share kat korang semua about Hijab . Okey sekarang pelbagai fesyen hijab yang sangat kreatif dan sangatlah cantik dan tampak elegan kan dan pelbagai inspirasi yang boleh kita jadikan ikutan dalam kita berfesyen. Tak terkecuali juga sanah oleh itu beberapa gambar yang sanah upload yang untuk korang jadikan inspirasi ....

             Kebanyakkan fabrik hijab yang sanah gunakan dalam gambar tersebut menggunakan pashmina , so korang boleh lah mencuba menggunakan pashmina yang panjang . Dalam kita berfesyen pun , kita masih lagi mengikut syahriat untuk berhijab yang mana ianya menutup dada dan labuh ya akak- akak semua. diharap perkongsian ini dapat membuka mata kita yang mana walaupun ianya labuh tapi tetap masih lagi stailista..



# Opssss Oppa Ganyang Kau
           Inspirasi sanah datang daripada melihat fesyen-fesyen tudung sekarang yang tengah hot , antaranya melalui youtube , program fesyen di televesyen dan banyak lagi . Dalam ke empat-empat gambar diatas setiap satu sanah punya inspirasi tersendiri. Contohnya gambar pertama tu sanah nak  gambungkan  gaya Turban dan juga shawl yang tampak labuh , tetapi dalam menggunakan 1 pashmina saja. so hope perkongsian ini korang suka okey...Baiiiiii ....


Monday, February 11, 2013

::Ya Allah Selamatkan Palestin::

Assalamualaikum

        Alhamdulillah sanah diberi kekuatan untuk menulis satu entri yang mana bagi sanah ianya luahan hati sanah terhadap penindasan bumi Plastine.. Ya Allah bersyukurnya daku kerana aku hidup dengan keadaan yang aman dan tenang Alhamdulillah. Malam ini sanah berkesempatan melihat beberapa video tentang anak-anak Palestin Masyahallah airmata sanah tak berhenti mengalir dan pada masa yang sama sanah kagum melihat betapa semangatnya mereka memperjuangkan tanah air mereka,




      Wahai anak palestin sesungguhnya Allah menghadiahkan kamu syahid inshallah, sanah hanya mampu menitipkan doa untuk kalian wahai anak palestin, berjuanglah anda kerana anda dipihak yang benar. sesungguhnya kamu merupakan anak yang bertuah inshaallah syurga akan menanti kamu di sana  Aamiin.