Wednesday, June 26, 2013

Doakan untuk Muslimin dan Muslimat syria.

Assalamualaikum..


Kali ini sanah menulis topik yang agak serius sikit ianya berkaitan dengan konflik yang berlaku di syria. Pertamanya sanah tak ambil kisah pun dan ambil tahu tentang konflik tersebut , tetapi bila sanah menonton Assalamualaikum kat Tv Al-Hijrah sanah terpukul dan tersedar. Agtagfirullahalazim sungguh kejamnya c bahsar ni tak tahu nak kata apa, Lagi kejam rakyat sendiri yang menjadi mangsanya . Rentetan daripada kisah menonton program tersebut sanah terpanggil untuk menghebahkan dan memberi info berkaitan hal yang berlaku di syria melalui Facebook.

Sanah menghebahkan hal tersebut kerana sanah sedar dan dapat tahu daripada perbincangan di program Assalamualaikum tu yang hal berkaitan syria ini kurang mendapat perhatian dek kerana kurangnya berita di media. Ini merupakan fakta yang sanah baca berkenaan syria

 Fakta kekejaman rejim Basyar terhadap revolusi di Syria sekarang menunjukkan kematian 8,500 orang penyokong revolusi, 39,000 orang cedera, sementara 19 doktor serta 40 orang pesakit sebuah hospital di Doma dibunuh dan 180,000 tahanan dalam penjara diseksa yang mana 413 orang .


Video ini sudah cukup menceritakan kekejaman yang dilakukan oleh rejim bahsar itu , sungguh pilu hati melihat anak kecil ini walaupun dengan memegang kertas tapi wajahnya sudah cukup menceritakan kesedihan yang anak kecil ini hadapi. 


Secara peribadi sanah melihat video ini, sanah hanya mampu menangis dan mendoakan anak-anak kecil ini ditabahkan hati untuk berjihat di jalan Allah. Sungguh beraninya kamu anak kecil in sha Allah, Allah sentiasa bersama kamu. Kami juga turut bersama anda wahai warga syria yang tertindas Doa kami seiring dengan Perjuangaan Kalian aamiin. 

# Pada rakan-rakan yang berkemampuan silahlah infak sedikit harta anda mahupun wang untuk membantu warga syria yang tertindas ini , Banyak dah NGO yang menyediakan akaun-akaun untuk membantu mereka. Kepada golongan yang tak berkemampuan wajib kepada kita mendoakan mereka agar mereka menang dalam Perjuangan mereka aamiin.

Tuesday, June 25, 2013

PictureBox Feling2 Cute

Assalamualaikum

Actually rasanya lama dah nak tulis pasal entri ni , tapi terlupa pula dek kerana rajin belek2 folder gambar sejak kebelakangan ni jumpalah gambar tersebut yang ala2 jepun gitu.  Masa dholu2 kan sanah pernah berangan-angan nak ambil gambar ala cute mute gitu, sekali jumpa picturebox tu memang tak nak lepaskan sanggup kuar duabelas hingget untuk picturebox je. Actually guna coin yang bersamaan Rm 12 . So masa first pergi tu sanah ambil gambar with my sahabat cik wawa kita la. First memang duorang ni excited macam-macam gaya dibuek nyo. 



Nak dijadikan cerita masa first pergi tu kitaorang guna yang picturebox White n black , Kat box tu memang feling modeling gitu dengan lightingnya uhhh memang feling mak jemah uoalsss. tapi yang tak best kat box ni dia terlebih edit so gambar pun macam dah gambar patung tapi sangat suka gak cantik gitu.


Kerana dek penangan gambar yang super duper cute so ambil keputusan datang lagi untuk mengambil gambar solo pula ngeh,, so yang kali kedua ni sanah try Picturebox yang kedua entah da lupa apa nama benda tu. Untuk result kali kedua ni pula rasa best sebabnya tak terlebih edit sangat nampak flawess gitu kan.So pada korang yang nak simpan kenangan2 persahabatan ke yang nak tampak cute mute so sanah suggest cuba la ambil gambo kat cute picturebox ni.


Proses pemilihan background
# Untuk pengetahuan korang actually sanah tak tahu pun apa nama sebenar natang ni main sedap je bagi nama picturebox kan haa. Da nampak macam kotak so letak je Picturebox bagi sedap je ehh..

Sunday, June 23, 2013

Jom Conteng Muka

Assalamualaikum


Sebelum nak bercakap dan merepek sempena jerebu ni hope kita2 semua boleh angkat tangan ( Berdoa ) untuk keadaan sekarang ni moga semuanya beransur pulih , pada masa yang sama selitkan juga doa untuk warga syria yang tengah mengalami krisis dalaman sekarang.

Ok now jom kita bercerita pasal nak conteng muka Jeng..jeng dek kerana jerebu juga melanda di sabah ni walaupun tak lah seserius kat semenanjung tapi ianya agak membimbangkan juga , bau asap adakalanya menyusahkan untuk bernafas. Oleh yang demikian aktiviti luar memang STOP... Bosan yang melanda di ubati dengan menconteng muka.. jom ikut sanah conteng muka ...


Jeng----- jeng------jenggggggggggggg



Versi Conteng Muka
Jangan nak buat muka terkezut sangatlah sanah tau korang dah boleh agak kan,,terutamanya pompuan-pompuan tu kan.. so ni versi edit. Sanah namakan Versi conteng muka peah . Make up ala - ala red gorges You all walaupun orang tu tak lah gorges tapi lipstik tu tetap tak nak kalah kan . Barang- barang yang sanah gunakan sila rujuk gambar kat bawah nanti ok. Daripada tak ado kojo,,bek kito berkojo . ..


Without Make up ( jerawat sila abaikan )


Barang2 untuk menconteng muka.


Sebelum Dan selepas  !!! peahh...

Sunday, June 9, 2013

Jarang Digunakan # Part Tudung #

Assalamualaikum..


Waaa baru nak menulis blog , sudah lama tak menaip sesuatu kat laman ini sungguh menyedihkan. Hai u oLss. Hari ini tetiba je nak menulis kan walaupun mood nak menulis amat kureng sikit maklumlah dah malas sangat. Tapi hari ini tetiba nak share sesuatu benda. Urm Korang Ladies2 kat sana mesti ada Barang yang jarang korang gunakan kan contohnya baju, shawl, kasut and banyak lagi. .

So do I ,, Dek kerana terlalu Rajin sanah cuba untuk membongkar wardrobe and mengemas kini semua koleksi-koleksi yang ada perghh ( macam la koleksi sangat) Rasa macam tak percaya banyaknya Harta-harta Koleksi yang sanah jarang gunakan . So bagi entri kali ini sanah nak share Part shawl or tudung itu.

Malas Nak Tulis Panjang sangat ,,, sila lah jamu mata dengan beberapa koleksi shawl yang jarang digunakan ehh. tetiba bila tengok balik shawl tu rasa nak pakai balik. Nampak tak Nafsuu perempuan Part2 macam gini.

Beberapa Koleksi Shawl ..Jarang Nak Guna.

Note : In sha Allah cooming soon Nak update Part Koleksi jarang guna # Baju #

Friday, March 29, 2013

Date with my Girls

Assalamualaikum.

Salam jumaat uOlss..dek kerana cuti sekolah ni adalah masa sesuai untuk berjumpa dengan my girls yang sangat sy rindui. Imagine lama sangat kot tak jumpa semenjak da masing -masing masuk U tu dah lama sangat kita orang tak jumpa almost 2 years kot. Oleh kerana sekarang masing-masing ada kat kampung apa lagi plan la berjumpa. First time jumpa masing-masing rasa nak menjerit itulah keunikan kami bila lama tak jumpa dan bila jumpa nak saja bising dibuatnya dan orang sekeliling pun akan melihat telatah kami dengan penuh kehairanan . Perjumpaan Yang diplan oleh saya just nak lepak-lepak and share cerita-cerita kitaorang dan mengimbau masa sekolah kat SM CHUNG HWA TENOM dulu. 


Free hair tu nama dia Fyfyana Irdayu  n tengah tu Noraini



Mereka berdua ni yang menjadi sahabat outing sanah ,its fun bila lama tak jumpa then cerita pula tak habis-habis yang paling penting topic hot adalah Kahwin ambik kau bedah. Bila dah topik kahwin keluar masing-masing lah tak tahu jawapan , Lawak juga bila cerita dan kenangkan balik. Masa study dulu boleh la main-main kan sekarang da besar ni bila bincang pasal kahwin semuanya pun serius bangat deh. Apa pun memang best jumpa korang My BFF hope kita boleh berjumpa lagi.










Sunday, March 24, 2013

Impian A-canah

Assalamualaikum...


Hello guys, selamat menunaikan solat magrib bagi warga yang berada di semananjung, kat sabah dah nak isyak itu lah perbezaan waktu semanjung sabah n sarawak. Motif cerita pasai waktu tak ada kena mengena dengan tajuk di atas itu sila faham ehh.. Ok let us talk about Impian A-canah. Siapa Acanah tu ek..tak payah la buat-buat tak tahu dah memang sah lah aku kan. A-canah tu merupakan panggilan my mentor masa Latihan Industri dulu ,,dia akan selalu panggil A-canah..

Bercerita pasai impian ni cik, puan dan tuan-tuan sekalian , sanah memang excited lah okey kenapa ? coz sanah begitu obses terhadap impian sanah ni in sha Allah jika ada rezeki sanah nak sangat mendalami bidang ini . Mungkin korang tertanya-tanya apa sebenarnyanya impian cik asanah ni . Oleh kerana minat sanah dari sekolah menengah adalah kepada fesyen so oleh yang demikian sanah nak menjadi  jeng...jeng... Pereka fesyen lah haa.... 

Mungkin ada yang pelik bukan coz sanah bukannya ambil degree berkaitan dengan fesyen ataupun  rekaan tetapi sanah percaya jika kita minat sesuatu benda tu ianya akan berhasil jika kita berusaha ke arah itu tapi semua pun dengan izin Allah. Disamping ingin menjadi pakar dalam bidang ekonomi sanah juga berharap sanah dapat memenuhi impian sanah untuk menjadi pereka fesyen...

Terus terang sanah memang tak pandai nak melukis tetapi sanah hanya menggunakan daya imaginasi sahaja, tetapi tak bermakna sanah tak mencuba untuk melakar ataupun melukis baju ya cik-cik and akak2 sekalian. banyak benda lagi sanah kena belajar contohnya belajar teknik menjahit, mengenal pasti fabrik dan banyak lagi.. ni first time sanah cerita pasai impian sanah kat public ehh,, doakan sanah ye..


Hasil air tangan A-canah  sekadar mencuba.


Saturday, March 16, 2013

Terlalu Banyak Penipuaan

Assalamualaikum


Beberapa hari ni,terlalu banyak penipuan yang saya jumpai tentang seseorang itu, Demi Allah hati ini Allah saja yang tahu, sanah tak tahu nak cakap apa,,,tapi sakit dan rasa tertipu je . Selama ni sanah sangat Respect  terhadap awak, tapi hari ini Allah dengar Doa dan makbulkan doa sanah nak tunjukan yang wak terlalu banyak menipu sanah. Setelah sekian lama berhubung dan tetiba senyap sanah jadi keliru apa yang terjadi sebenarnya, Sedangkan dulu Kamu sangat lain.


Sanah Redha dengan apa yang berlaku, Allah maha adil dan mendengar doa sanah untuk menunjukan siapa awak sebenarnya, satu demi satu penipuan kamu terbongkar. Alhamdulillah Allah sangat sayangkan saya sehingga perkara kecil pun Allah tunjukan siapa kamu sebenarnya. Harap suatu hari nanti kamu sedar dengan perbuatan kamu... Aamiin,




Menulis entri ini ditemani lagu ini yang bertajuk Untuk Kamu sangat-sangat sedih perghh In Shaa Allah sanah akan terus kuat walau apa pun terjadi. Its ok jika niat kamu ingin mempermainkan sanah, ..sanah terima ini sebagai ujian dan mendoakan kamu yang terbaik dalam kehidupan kamu Aamiin.