BTW sanah ucapkan tahniah kepada asrul coz memenangi giveaway ni dah kepada yang lain juga sanah ucapkan terima kasih coz sudi join giveaway sanah yang tak seberapa ini. In sha Allah sanah akan membuat giveaway lagi lepas ini apa2 pun tq ok ...congrtz pada yg menang n yang lain cuba lagi...
So secara rasminya saya Siti Asanah akan melancarkan Giveway Yeahh ( Macam YB tak ) ok so korang hari ini sanah akan buat giveway yang simple dan tak susah mana pun .
Hadiah Sponser By Preternatural Touch Sila lawat FB mereka dan cuci Mata Here
Nak Join ?? Jom Lihat apa yang patut Korang Buat
Syarat simple sangat tak payah susah nak tag, nak follow nak buat entri TAK PERLU . Just Komen Je. See simple bagai nak Gile ehh.
Syarat kedua bagi memudahkan untuk saya hubungi just letak LINK Blog , Facebook dan Email . Tu sahaja ya puan n Tuan
Nak tengok Tak hadiah Yang korang bakal MILIKI
Ni Hadiah yang Korang bakal Terima.
NoTe
Pemenang akan di umukan sehingga tarikh Giveway selesai so alert ok.
Hadiah akan di poskan ke alamat Oleh pihak sponser iaitu Pihak Preternatural Touch sendiri.
Hadiah Tidak boleh ditukarkan kepada wang tunai ya cik2,abang2 dan sewaktu dengannya.
Hai hari ini sanah akan review satu perniagaan online yang sanah rasa awesome dan sangat unik . Kenapa sanah rasa ianya unik part tu nanti sanah akan ceritakan. Preternatural Touch merupakan satu perniagaan online yang menyediakan perkhidmatan seperti doorgift untuk majlis kecil-kecilan dan juga hamper mengikut tema majlis yang anda nak kan. selain itu, Preternatural Touch juga menyediakan produk seperti
So pada korang terutamanya yang nak buat majlis keci-kecilan yang rasa tak cukup bajet Don't Worry Mereka juga ada menyediakan perkhidmataan yang mana mengikut Bajet yang korang kehendaki jadi tak payah la nak pening2 kepala pasal bajet coz Preternatural Touch akan menyediakan setanding dengan bajet yang korang ada disamping kualiti dan perkhidmatan pun dijamin ok punya. Ni yang unik Semua Boleh bincang dengan pihak dorang..Nego-nego pun boleh.
NotaKakiDanTangan: So Pada korang yang hadiah seperti yang diatas secara FREE sanah akan Buat Giveway Yang mana sponser by Preternatural Touch sendiri Nantikan ok.
Tetiba baca banyak entri pasal sahabat pula malam ini.. so astro akan siarkan drama sahabat bermula 16 september ni jam 5.30 pm . so korang jangan lupa tonton tau. Sempena drama sahabat ni pihak astro ada menyediakan satu ruang untuk dedikasi sahabat so korang boleh buat muzik video mengenai sahabat korang.,, so lawat lah laman web astro ini http://astrosahabat.com.my/app/?vid=recipient-364_ZSJ2movHCs ok.
pelakon2 sahabat
Berbalik pada video tu pula sanah pun tak lepas peluang nak buat ehh...pa korang je bole sanah pun nak juga. Memandangkan sanah ada 4 orang sahabat so kena la buat untuk empat org nanti merajok pla dorg kan. Tapi yang seorang akak mida tak boleh nak publish urmm .. jom tengok video tu..
Hai semua, kali sanah akan buat satu entri khas tentang Tips wajah bulat edisi berhijab II okey. Mungkin ada yang tertanya kenapa kali kedua. Sebabnya sanah dah buat entri tu so ini untuk kali yang kedua so pada yang terlepas sila baca SINI. Ada yang tertanya apakah yang sanah maksudkan apabila kita bertudung mestilah melepasi TULANG PIPI wahai si wajah bulat?
So atas permintaan fatin sanah akan terangkan apa yang sanah maksudkan dengan " melepasi tulang pipi" hope ianya membantu ok.
Seperti gambar di atas apa yang si wajah bulat harus elakan adalah apabila melipat tudung or memakai tudung or korang kena pastikan ianya melepasi garisan 2 itu okey ianya akan mengelakan bentuk muka anda menjadi semakin bulat. Dalam gambar ni sanah melipat tudung pada bahagian 1 dan ianya kelihatan bulat bukan..
See bila kita melipat tudung pada bahagian 2 ianya membuatkan paras muka kita lebih tirus dan kelihatan tidak bulat seperti bola ehh.. so sanah harap ianya sangat membantu terutamanya mereka yang risau berwajah bulat itu untuk berfesyen dalam hijab.
Hai Selamat Hari raya.. ok Faham Lambat wish kan Kat blog tapi kat FB da wish awal2 haa..So Tak benda nak share tapi sejak kebelakangan ni ,,sanah minat kepada makeup pula kalau da memang perempuan susah juga nak dipisahkan dengan makeup. Sejak kebelakangan ni rajin bebeno nak buka youtube Nak belajarr makeup... Banyak insiprasi sebenarnya makeup kat youtube tu.
Ok panjang lebar kenyataan dan kata-kata so let us begin our session..
Kali ini sanah menulis topik yang agak serius sikit ianya berkaitan dengan konflik yang berlaku di syria. Pertamanya sanah tak ambil kisah pun dan ambil tahu tentang konflik tersebut , tetapi bila sanah menonton Assalamualaikum kat Tv Al-Hijrah sanah terpukul dan tersedar. Agtagfirullahalazim sungguh kejamnya c bahsar ni tak tahu nak kata apa, Lagi kejam rakyat sendiri yang menjadi mangsanya . Rentetan daripada kisah menonton program tersebut sanah terpanggil untuk menghebahkan dan memberi info berkaitan hal yang berlaku di syria melalui Facebook.
Sanah menghebahkan hal tersebut kerana sanah sedar dan dapat tahu daripada perbincangan di program Assalamualaikum tu yang hal berkaitan syria ini kurang mendapat perhatian dek kerana kurangnya berita di media. Ini merupakan fakta yang sanah baca berkenaan syria
Fakta kekejaman rejim Basyar terhadap revolusi di Syria sekarang menunjukkan kematian 8,500 orang penyokong revolusi, 39,000 orang cedera, sementara 19 doktor serta 40 orang pesakit sebuah hospital di Doma dibunuh dan 180,000 tahanan dalam penjara diseksa yang mana 413 orang .
Video ini sudah cukup menceritakan kekejaman yang dilakukan oleh rejim bahsar itu , sungguh pilu hati melihat anak kecil ini walaupun dengan memegang kertas tapi wajahnya sudah cukup menceritakan kesedihan yang anak kecil ini hadapi.
Secara peribadi sanah melihat video ini, sanah hanya mampu menangis dan mendoakan anak-anak kecil ini ditabahkan hati untuk berjihat di jalan Allah. Sungguh beraninya kamu anak kecil in sha Allah, Allah sentiasa bersama kamu. Kami juga turut bersama anda wahai warga syria yang tertindas Doa kami seiring dengan Perjuangaan Kalian aamiin.
# Pada rakan-rakan yang berkemampuan silahlah infak sedikit harta anda mahupun wang untuk membantu warga syria yang tertindas ini , Banyak dah NGO yang menyediakan akaun-akaun untuk membantu mereka. Kepada golongan yang tak berkemampuan wajib kepada kita mendoakan mereka agar mereka menang dalam Perjuangan mereka aamiin.