Saturday, February 9, 2013

Tips Bertudung Dan Fesyen bertudung Bagi Berwajah Bulat.

Assalamualaikum

         Hello blogger-blogger yang aku sayangi , tibalah masa untuk sanah nak menulis satu entri yang mana perempuan berhijab akan sukainya pun, iaitu variasi tudung or fesyen gaya tudung .Bukan sahaja blogger2 diluar je yang suka tuan yang tengah taip entri ni pun lagi suka. Salah satu benda yang paling sanah excited nak shopping  selain baju adalah Tudung ya tuan-tuan dan puan-puan, So tak sah dan tak complete kalau sanah bershopping tak ada dalam senarai barang tu Tudung.  Dari shawl sampai lah ke bawal sanah mempunyai koleksi tersendiri sampai tak muat da wardrobe yang khas untuk tudung.

          Actually apa yang sanah nak share dengan korang walaupun himpunan shawl dan bawal sekarang dan keghairaan kita untuk berfesyen adakah kita sedar bahawa fesyen tudung yang kita gayakan itu sesuai dengan Bentuk Muka Kita?? so itu yang sanah nak korang tau. Sanah akan share kat korang pengalaman sanah sendiri yang mana mempunyai  Muka yang agak Bulat, So bagi bentuk muka yang bulat mereka perlu berhati-hati dalam memilih fesyen bertudung agar kebulatan tu tak terserah ,, ( ambil kau ayat entah apa-apa , asalkan korang faham apa yang sanah maksudkan dah la ). So Lets us chek Ke de Out..




# Gaya Tudung Silang 

    
     Gaya Tudung silang merupakan trendy fesyen yang agak kemas dan cantik apabila ianya sesuai didengan bentuk muka BUTsssss... Korang kena berhati-hati ya terutamanya bagi muka bulat macam sanah ni korang kena pastikan gaya tudung silang ni tidak menampakan kebulatan muka anda. Tips sanah boleh share adalah pastikan bila kita membuat silang ,ianya kena melepasi tulang pipi kita jika tidak silangan tersebut akan menampakan bentuk muka kita menjadi lebih bulat. 


# Gaya Tudung Inspirasi Najwa Latif.
   
         Gaya  Tudung Bawal sememangnya amat sesuai dengan semua bentuk muka tak kiralah yang bentuk muka bulat ke ataupun yang panjang. So pada masa kini Tudung bawal mendapat perhatian yang mana fesyennya juga bukan sahaja terhad, seperti gaya tudung yang sanah gayakan ini, bagi pendapat sanah ianya sesuai dengan bentuk muka sanah tapi korang kena pandai bermain dengan cara lipatan tudung ini, kerana jika kita tak pandai nak membuat lipatan tudung ianya akan menampakan wajah si pemakai menjadi bulat. Pastikan korang muncungkan apabila memakai tudung gaya seperti ini agar mendapat hasil yang lebih baik.

# Gaya tudung Bawal Biasa.

          Gaya Tudung bawal biasa yang seperti sanah pakai ni , mesti ramai dah tau nak pakai so bagi sanah sendiri kalau korang takut nak bergaya atau bereksperimen gaya ini merupakan gaya selamat tetapi walaupun gaya selamat ,korang still lagi boleh berfesyen dengan cara mengayakan lipatan tudung ataupun meletakkan aksesori yang menarik.


# Tudung ekspress
       
           Gaya tudung ekspress merupakan salah satu tudung yang selamat dan cepat , kenapa sanah cakap selamat kerana kebanyakan tudung ekspress ini akan menampakan muka kita nampak tirus dan panjang, Tetapi BE CAREFULL wahai berwajah bulat tidak semua tudung ekspress ini menampakan muka kita kelihatan tirus . Tips untuk memilih tudung ekspress bagi berwajah bulat adalah makes sure bahagian yang keras itu melepasi tulang pipi anda agar ianya kelihatan wajah kita nampak lebih tirus.



# Gaya Tudung Arab.
 
          Gaya tudung yang sanah berikan nama arab style kerana kebanyakan wanita arab memakai tudung seperti ini. Apa yang sanah boleh katakan fesyen tudung seperti ini akan menampakan anda kelihatan lebih kemas dan anggun , tetapi apa yang penting bagi pemilik wajah yang bulat korang kena tahu bagaimana mendapat muncung tudung yang cantik . So tips sanah adalah pastikan anda melipat tudung tidak terlalu  ketat sehingga menampakan wajah bulat anda, berikan kesan muncung sedikit dan lipat tudung tersebut melepasi tulung pipi anda. Dah macam penasihat fesyen da aku ..



         Ini merupakan gaya Feveret sanah sendiri bagi sanah ianya satu gaya tudung yang amat sesuai dengan bentuk muka sanah yang bulat dan memperlihatkan bentuk muka kita lebih tirus. Gaya Inner muncung dan apa yang paling sanah suka ianya boleh di variasikan dari segi pemakaian . So korang alhamdulillah sanah dapat juga berkongsi dengan korang semua hope korang pun boleh berkongsi dengan sanah okey, Apa pun gaya yang kita kenakan kita mesti berbalik kepada syahriat agama iaitu bertudung merupakan satu tuntutan yang wajib dan bukannya sekadar berfesyen. Okey caUuuuuuuuu wasalam.
Post a Comment