Sunday, August 31, 2014

Bila nak Kawin??

Assalamualaikum

Rajin so muncullah entri yang tetiba nak buat tajuk seperti di atas. Bila dah berumur ni cehh tak tua lagi ok.. banyak akan tanya soalan bonus ni ,,tak kiralah kawan ke ,kawan mak ke or sesiapa sahaja.  Bila nak kawin?? Krik..krikk.krikk hanya mampu senyum . Maklumlah member-member pun dah ramai yang naik pelamin so soalan wajib pasti akan di tanya. 

Pendapat saya tentang isu ini

Memang tak salah pun nak tanya soalan tersebut , bagi sanah ianya perkara biasa bagi semua orang dewasa . Sesetengah orang myb sensitif kan tapi bagi sanah ianya lumrah kehidupan. jawab je lah kan senang tak payanh nak mengelak ke, nak marah ke. Cakap je tak sampai jodoh lagi In sha Allah orang tu akan faham. Yang pasti bila dah sampai dah waktu yang Allah tetapkan untuk kita menamatkan zaman bujang maka ianya satu detik yang bahagia betul tak.....
Yakinlah dengan ketentuaan Allah , Bahagian kita semuanya berbeza doa tu yang amat penting semua benda akan jadi lebih mudah jika kita mengerti apa maksud " Jodoh,ajal dan Maut di tangan Allah "  Ya entri kali ini serius yee.

Saturday, August 9, 2014

Kemunculan DiHari Raya

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya yeeee ,,, (yaaa ) Kemunculan dihari raya ya memang baru muncul pun . Disebabkan rasa bosan terjadilah entri tanpa dirancang ni,, Sanah memang macam tu pun Kalo benda tu dirancang pasti tak jadi tapi kalo langsung tak plan menjadii je selalu, Dah entri raya mesti lah bah maw cerita pasal hari raya kan Yupp my sabahan keluar ( Faham juga kan)????

To be Honest raya sanah tahun ni or tahun-tahun yang lepas tak semeriahnya adanya arwah ibu , Jujur sanah katakan rindu sangat dengan arwah mak.. kalau ada arwah Mak mesti meriah, pada masa yang sama dah lama sanah tak balik beraya kat kampung Halaman sanah SEMPORNA . Raya kat sana adalah raya yang terbest and meriah .Apa pun saya tetap bersyukur dengan setiap raya yang datang,

Sekarang ni Malas dah nak tulis yaa ,,, Just nak post gambar hope jadi hidangan penyedap mata , Keh2 ayat nak cangih manggih jak kan,, 

Anak buah tercintun 

Yeahh Itu Saya ngeh222

Dah tentu ni keluarga saya with Royal Blue theme


Banyak gambo nak post tapi disebabkan keadaan internet yang sangat tenat moh la kita beredar dulu ya, Akhirnya dapat juga tulis entri raya,, salam raya #kosongkong

Tuesday, March 11, 2014

Wide shawl Kegemaranku

Assalamualaikum

Perkara pertama nak tanya is apa khabar? lama tak dengar berita kan terutamanya daripada pemilik blog ni, maklumlah malas nak mengupdate bila betul-betul rajin baru lah cik senah ni update. Cik senah sekarang nak cerita lah oiiiii jemah,timah semua.. tentang wide shawl yang tengah hits dipasaran sekarang ni. cik senah memang minat dengan wide shawl nak tau kenapa ye ehhh ,, First cik senah suka material kain wide shawl yang tak payah nak gosok okey,,, kedua labuh and ketiga cara mengayakan wide shawl tu pun cik senah suka ehhh,,




Friday, January 3, 2014

CPUV Campaign ( first time )

Assalamualaikum..

2014 ni kan apa kata korang tolong sanah klik sidebar untuk campign cpuv haha ,, maklumlah ni first time tau dapat campign nampak sangat sakai kan minah ni. Haha setelah dua tahun menjadi blogger ini first time dapat cpuv campign tau jemah,, tu pun kadang2 aktif kadang lemau je .. 

Baru mak nak update yeahhh ehh

Thursday, January 2, 2014

Kekuatan dan Kehebatan Untuk 2014

Assalamualaikum uolss


Alhamdulillah dah pun tahun 2014 dah masuk 2 hari dah pun. Good by to 2013 and say hai for 2014 bercerita tentang tahun baru sungguh banyak yang nak dikupas, but jom kita flash back dulu untuk 2013 okey.

2013
  • Tidak banyak perkara yang menakjukan yang berlaku untuk 2013 bagi sanah.
  • Dari segi spiritual alhamdulillah kemajuan dan memahami tentang islam itu bertambah.
  • Tahap kematangan pula just nice je haha ,, but sanah lebih faham  banyak benda dah.
  • First time jad pengundi yeahhh
  • Dapat tawaran kerja sebelum Konvo ,memang feeling yang awesome ,but akhirnya aku berhenti.( i've own reason why am resign )
  • Dapat bertemu sahabat2 geng baik yang dah lama sgt tak jumpa
  • Dapat berkonvo..







Bila bercakap tentang 2014 pula sanah berharap dapat kekuatan dan kehebatan in sha allah di samping memperbaiki diri dunia dan ukhrawi.. 

I wish n Hope for 2014

  • Mendapat pekerjaan yang stabil in sha allah aamiin.
  • Dapat melakukan aktiviti keagamaan ( join mn2 ngo klo ada yg tahu bole info sanah )
  • Dapat membantu family ( walaupn family sanah tak harap pun sanah bantu but Tanggjwb Kan)
  • Menjadi insan yang positif dan berkeyakinan.
  • mendapat ketenangan,kesejahteraan dan kesihatan terbaekk.. 
 " Ya Allah Engakau maha Mendengar di atas segala kesulitan hambamu aku Mohon Segalanya Dipermudahkan untuk aku urusan dunia dan ahkirat " aamiin 

Tq for reading my Keluhan rasa ehh,, tlg aaminnkan sekali ye ehh,, owh ye tlg la klik iklan sekali ehh tmbh rezeki tau ,, byyyyy

Tuesday, December 24, 2013

My Big Day

Assalamualaikum

Alhamdulillah hari 24.12.2013 da kan , Cepat masa berlalu banyak lagi impian tak termakbul in sha allah will be coming. Actually nak cerita pasai My Big day perghh mesti da fikir waaa kawin da urmm tak ada benda lain la tu haa , Sebenarnya My big day tu ialah Majlis konvokesyen sanah la Alhamdulillah setelah betarung 3 tahun untuk degree akhirnya ianya berakhir walaupun da berlalu pada 3.12.2013 baru nak buat entri kan , kau ado?? nak juga kan cerita kat blog ni mana tau tua2 nanti boleh flash back balik. Jom cuci mata gambar konvo kita yang tak seberapa ini cehhh,,,





Konvokesyen sanah diadakan kat sintok dah la sesi pagi pas subuh dah bertolak dari arau dari tempat penginapan ktorang , Tapi best lah konvokesyen kali ni kita sekali kan dengan Cuti-cuti malaysia kat utara  tu nanti kita cerita ok. Nak dijadikan ktorang datang lewat kat dewan sangat2 malunya tapi kita wat relaxx je hahha.. Ok jom cuci mata lagi dengan gambo malas den nak taip2 ni.
Antara corsemate yg sempat jumpa

BFF Forever..yang seorang da kawenn

# banyak lagi gambo den nak post tapi disebabkna beruk ni tak laju sangat terpaksa lah sanah berhenti di sini saja...cukup,,cukup suda...

Sunday, October 27, 2013

Peach Inspiration Look

Assalamualaikum

Tetiba muncul satu entri pada bulan 10 ini ,,,ingat tak nak buat entri nak buat record la katakan NO ENTRI ON OCTOBER ehhh .. Ianya didorong oleh faktor line Berukband yang sangat laju mengalahkan cahaya kelajuannya. Done Part Pencerahan itu Balik kepada kerajinan pula , kerana sejak akhir-akhir ni suka tengok orang make-up tetiba rajin bebeno nak mencuba bah kunun , make-up ala2 ke"peach"an tu . Bahasa Tunggang langgang Sorry pencinta bahasa semua..

Sanah memang suka makeup yang ala2 peach gitu dalam sibuk-sibuk make-up sanah cuba cari inspirasi melalui en GOOGLE kita ya...


Sanah suka tengok make-up seperti model kat atas ni bagi sanah tak sarat tapi sangat cantik dan simpel tak payah nak berlayer2 macam kek lapis sarawak tu ye... So sanah pun cuba mengaplikasikan nak tengok tak?? macam lah ada orang nak jawab...


Sebelum



 


Tak nampak sangat peach tu coz sanah tak bagi tebal ya kawan-kawan , tapi overall bagi sanah make-up peach look ni sangat awesome dan sangat fleksibel bole bawah pakai pegi mana-mana je..pegi shopping ke, majlis ke "SIMPEL BUT NICE " tu yang best.

NotaKakiDanTangan: Nak sanah reviewkan Produk Korang sila Baca segmen review produk