Wednesday, September 25, 2013

Blogger Filipina " Ana Victorina"

Assalamualaikum

Mungkin korang pelik dengan tajuk entri sanah kali ini bukan, untuk tidak membiarkan korang keliru,celaru dan migrin biarlah sanah memperjelaskannya okey. Berapa bulan lalu sanah banyak view youtube pasal make-up sehinggalah sanah berjumpa dengan satu channel yang bagi sanah sangat awesome iaitu channel daripada ANA VICTORINO. To be honest sanah memang sangat kagum dengan hasil makeup ana ni dah la umur beliau masih muda tapi sangat kreatif dan dalam bidang andam-mengandam ni ehh.. 

Ini salah satu Tutorial make-up yang cik ana buat yang sanah suka..simpell



Dalam view channel makeup ana ni sanah jumpa dengan link blog beliau wah dia pun blogger juga  so pada korang nak pergi blog cik ana ni Klik Sini. Blog cik ana ni banyak review pasal alat-alat makeup memang bestlah banyak info juga kita boleh dapat. Sanah dapat tau beliau merupakan seorang warga filipina dan masih  muda ,, tapi sanah tak sure sangat umur cik ana ni ok.




Ni antara makeup c ana ni buat ,,,kreatifkn.


Bagi korang yang nak belajar make-up tu korang boleh lah jenguk channel ana ni ianya banyak membantu terutamanya mereka yang baru berjinak-jinak nak make up kan. Lebih lanjut pergila blog beliau ok ehh , 

Notakakidantangan : sesiapa yang nak sanah reviewkan produk or blogshop/perniagaan online sila rujuk sini Segmen review Produk








Sunday, September 22, 2013

Segmen review produk/Blogshop/ Online shop.

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah tamat dah giveaway yang sanah anjurkan tq kepada sponser Preternatural Touch ok pegi la jenguk FB Preternatural Touch ok banyak barang-barang yang menarik. Tetiba sanah rasa nak buat sesuatu pula kat blog sanah ni. So pada siapa yang nak sanah reviewkan produk or blogshop or online shop korang boleh je contact sanah ok nanti sanah akan berikan detail bagi mereka yang nak sanah reviewkan produk tu.

Namun yang demikian ..Skema ayat karangan tu. Sanah akan cuba review or promosikan produk yang sanah rasa ianya bermanfaat kepada pembaca ok.  So apa yang syarat sanah kenakan adalah..

  1. Bagi nak sanah reviewkan or promote produk tu kalau boleh tolonglah bagi sampel ok. sanah akan cuba produk korang dan pada masa yang sama sanah akan sharekan pengalaman sanah gunakan produk korang juga.
  2. Tak semua produk sanah akan review ok ikut kesesuaian juga ya takut lain pula jadinya. Dalam review tersebut sanah akan bersikap jujur dan mengatakan perkara yang benar ok. No tipu2 dosa
  3. Sanah akan cuba promote produk or blogshop/online shop sehabis baik sanah tak nak lah dikatakan nanti tak amanah pula ye.
So bagi korang yang nak sanah reviewkan  tu jangan malu-malu nak contact sanah ok kita akan cuba berkerjasama . Tak salah untuk membantu. so  ni detail yang korang boleh hubungi sanah

FB - just pm je rangers.rsanah
e-mail - r_sanah89@yahoo.com

saja nak tempek muka kau adooo

Pemenang Giveaway

Assalamualaikum

Hello guys so berakhirlah  giveaway sanah so tak nak banyak cakap sanah just nak bagitahu pemenang bagi giveaway ni ok...malas nak membebel dah ehh 







Blog : http://kampung-kameq.blogspot.com

BTW sanah ucapkan tahniah kepada asrul coz memenangi giveaway ni dah kepada yang lain juga sanah ucapkan terima kasih coz sudi join giveaway sanah yang tak seberapa ini. In sha Allah sanah akan membuat giveaway lagi lepas ini apa2 pun tq ok ...congrtz pada yg menang n yang lain cuba lagi...

Saturday, September 14, 2013

Jom Join Giveway

Assalamualaikum.

So secara rasminya saya Siti Asanah akan melancarkan Giveway Yeahh ( Macam YB tak ) ok so korang hari ini sanah akan buat giveway yang simple dan tak susah mana pun . 

Hadiah Sponser By Preternatural Touch Sila lawat FB mereka dan cuci Mata Here


Nak Join ?? Jom Lihat apa yang patut Korang Buat

  • Syarat simple sangat  tak payah susah nak tag, nak follow nak buat entri TAK PERLU . Just Komen Je. See simple bagai nak Gile ehh.
  • Syarat kedua bagi memudahkan untuk saya hubungi just letak LINK  Blog , Facebook dan Email . Tu sahaja ya puan n Tuan
Nak tengok Tak hadiah Yang korang bakal MILIKI

Ni Hadiah yang Korang bakal Terima.

NoTe
  • Pemenang akan di umukan sehingga tarikh Giveway selesai so alert ok. 
  • Hadiah akan di poskan ke alamat Oleh pihak sponser iaitu Pihak Preternatural Touch sendiri.
  • Hadiah Tidak boleh ditukarkan kepada wang tunai ya cik2,abang2 dan sewaktu dengannya.

Friday, September 13, 2013

Preternatural Touch Perniagaan Online Yang Awesome.

Assalamualaikum

Hai hari ini sanah akan review satu  perniagaan online  yang sanah rasa awesome dan sangat unik . Kenapa sanah rasa ianya unik part tu nanti sanah akan ceritakan.  Preternatural Touch merupakan satu perniagaan online yang menyediakan perkhidmatan seperti doorgift untuk majlis kecil-kecilan dan juga hamper mengikut tema majlis yang anda nak kan. selain itu, Preternatural Touch juga menyediakan produk seperti

  • Barangan Bayi
  • Barangan Perhiasaan Wanita / Aksesori
  • Produk Kecantikan/ kosmetik
  • Pakaian ( Plus saiz pun ada )
  • Kraf ( Le request ).


Ni antara aksesori tau ...ni sbhgian je


Ni untuk yang nk doorgift pun boleh
 Nak Info or nak cuci mata Boleh ke FB mereka Sini


So pada korang terutamanya yang nak buat majlis keci-kecilan yang rasa tak cukup bajet Don't Worry Mereka juga ada menyediakan perkhidmataan yang mana mengikut Bajet yang korang kehendaki jadi tak payah la nak pening2 kepala pasal bajet coz Preternatural Touch akan menyediakan setanding dengan bajet yang korang ada disamping kualiti dan perkhidmatan pun dijamin ok punya.  Ni yang unik Semua Boleh bincang dengan pihak dorang..Nego-nego pun boleh.

NotaKakiDanTangan: So Pada korang yang hadiah seperti yang diatas secara FREE sanah akan Buat Giveway Yang mana sponser by Preternatural Touch sendiri Nantikan ok.




Muzik video sahabat

Assalamualaikum 

Tetiba baca banyak entri pasal sahabat pula malam ini.. so astro akan siarkan drama sahabat bermula 16 september ni jam 5.30 pm . so korang jangan lupa tonton tau. Sempena drama sahabat ni pihak astro ada menyediakan satu ruang untuk dedikasi sahabat so korang boleh buat muzik video mengenai sahabat korang.,, so lawat lah laman web astro ini http://astrosahabat.com.my/app/?vid=recipient-364_ZSJ2movHCs ok.

pelakon2 sahabat
Berbalik pada video tu pula sanah pun tak lepas peluang nak buat ehh...pa korang je bole sanah pun nak juga. Memandangkan sanah ada 4 orang sahabat so kena la buat untuk empat org nanti merajok pla dorg kan. Tapi yang seorang akak mida tak boleh nak publish urmm .. jom tengok video tu..




Wednesday, September 11, 2013

TIPS WAJAH BULAT UNTUK BERHIJAB II

ASSALAMUALAIKUM

Hai semua, kali sanah akan buat satu entri khas tentang Tips wajah bulat edisi berhijab II okey. Mungkin ada yang tertanya kenapa kali kedua. Sebabnya sanah dah buat entri tu so ini untuk kali yang kedua  so pada yang terlepas sila baca SINI.  Ada yang tertanya apakah yang sanah maksudkan apabila kita bertudung mestilah melepasi TULANG PIPI wahai si wajah bulat?






So atas permintaan fatin sanah akan terangkan apa yang sanah maksudkan dengan " melepasi tulang pipi" hope ianya membantu ok.



Seperti gambar di atas apa yang si wajah bulat harus elakan adalah apabila melipat tudung or memakai tudung or korang kena pastikan ianya melepasi garisan 2 itu okey ianya akan mengelakan bentuk muka anda menjadi semakin bulat. Dalam gambar ni sanah melipat tudung pada bahagian 1 dan ianya kelihatan bulat bukan..



See bila kita melipat tudung pada bahagian 2 ianya membuatkan paras muka kita lebih tirus dan kelihatan tidak bulat seperti bola ehh.. so sanah harap ianya sangat membantu terutamanya mereka yang risau berwajah bulat itu untuk berfesyen dalam hijab.

To fatin hope ianya membantu.