Wednesday, October 31, 2012

~ Ladies Night ~

Assalamualaikum

      Selamat pagi semua hari ini seperti yang sanah janjikan,,janji ke haa..kan sanah ada buat Preview Tentang Our Farewell so sekarang ni merupakan cerita sepenuhnya okey. Farewell ni actually jamuan untuk last day saya.salwa dan juga Lisa . Ideanya datang dari kawan kita orang Miss Sandra dia suggest nak buat farewell so kita orang pun accept la..Balik je keja petang tu siap-siap beli bahan-bahan untuk dimasak walaupun tak lah banyak tapi untuk memeriahkan majlis memang mencukupi.

         Tak dinafikan petang tu sanah memang pening migrin menyerang rasa cam tak best je tapi alhamdulillah lepas je solat maghrib sanah da okey. Sanah pergilah ke dapur untuk membantu kawa-kawan yang nak memasak kononya last-last sanah juga yang kena masak. persiapan berjalan dengan lancar ....



Post dengan baju kerja ek

Miss sandra potong tembikai

simple je nak masak
         Plan nak santai je tetiba pula datang idea nak kena guna dress pula dah ,,,habis satu rumah kelakabut nak cari baju la alahai memang masa tu kelam kabut gak la ,,mana nak kena dress then kena make up  upss haaa .Selesai je kita orang bersiap sesi yang amat melucukan adalah saat mengambil gambo yang memang riuh tak habis-habis ketawa nasib bek tak ada jiran sebelah  kalau tak gerenti perang punya .



























surprise kek from Lisa
       Lupa nak cerita lagi yang petang tu ada surprise masa nak makan dah tetiba kek keluar kak lisa sponser kek tau ( pada hal satu umo gak ) Tq lisa suriahani nak tau mana dia  yang pakai shawl tu dia lah lisa cantik kot dia putih ehh nak ngurat boleh still single lagi. Anyways thanks guys for all that you all do for us hopely we can see again in other time. opss lupa nak bagitahu semua ladies -ladies ni asal sabah ek dan merekalah kawan-kawan praktikal sanah ehh...by Assalamualaikum

Tuesday, October 30, 2012

PreView : OuR FaReweLL

Assalamualaikum




We Are Satu MaLaysia

Wait For Our Story Party GirL but Not Party Liar 

M.A.T.A.N.G K~.K.E????

Asaalamualaikum



      Alhamdulillah sanah masih lagi rajin nak update blog kesayangan ini...Urm sayang la sangat kan.walaupun buzy banyak kerja tak buat lagi mana dengan report praktikal then dengan log book lagi sanah relex je nanti bila masa nak siap hantar baru nak kalut kan. "Hey Matang Ke awak??" urmm sentap seketika bila disoal sedemikian. Sanah pun tertanya-tanya adakah sanah ni telah mencapai tahap kematangan seperti mana yang sepatutnya i mean umur macam sanah ni ar dah 23 tahun ( Tapi Tak Genap Lagi Okey ). 



CiK kaK kita tengaH peace gitu
    Terfikir juga bila kita dah dewasa adakah kita ni matang dari segi pemikiran,dari segi imej luaran or dalaman urmmm?? terus terang sanah mengaku sanah tak lah matang sepenuhnya, fikiran  pun macam budak-budak kecik sanah bila ingat masa zaman kanak-kanak dulu kalau nak buat apa-apa je mesti akan fikir singkat je, namun bila dewasa ni alhamdulillah sanah dapat berfikir sebelum melakukan sesuatu contohnya bila bercakap..bila rasa nak marah or bila rasa tak puas hati sebelum sanah buat semua benda tu automatik kepala sanah akan berfikr negetif or positif sesuatu benda .

" Aku tak puas hati lah dengan minah ni ,,,,rasa nak jer ak sound dia urmm kalau tak boleh sound depan-depan apa kata sound dia kat fb"


    Situasi macam ni korang pernah tak lalui , sanah tak nafikan situasi macam ni lah yang always bermain kat fikiran sanah bila rasa tak puas hati . Namun bila keadaan cam tu timbul sanah akan cuba tenangkan diri dan secara auto fikiran sanah akan menganalisis perkara yang sanah nak buat tu salah ' 


" Kalau kau nak buat cam tu post-post kat FB ada orang lain terasa macam mana?? then kau tak terfikir ke bila kau post cam tu orang lain akan tau aib kau dan kau dalam masalah."  



    Biasanya benda-benda macam ni la yang akan bermain dalam kepala sanah bila nak buat jahat ehh ..tak dapat dinafikan kematangan ni yang membuat kita lebih dewasa bukan. Sanah selalu fikir yang adakalanya kematangan itu perlu ditunjukan melalui tindakan kita bukannya hanya mengikut kemarahan semata-mata. betul tak. Jangan Jadikan kemarahan ataupun kebencian itu menjadikan kita buta dan lupa untuk berfikir tentang sesuatu kebaikan dan juga kejahatan.

Jangan Sibuk mengupdate kat FB tu Senah




Saturday, October 20, 2012

Saturday, October 13, 2012

Gathering Untuk Blogger Sabahan??

Assalamualaikum


( Sabahan Style )

       Laju je tangan nak taip pada malam ini,,tetiba dapat sudah saya idea ( sabahan speaking ), tetiba terfikir dan tertanya-tanya adakah blogger sabah ni buat gathering ya? kalau ada best juga kan, boleh juga kenal-kenal dengan bloger-bloger disabah ni, selama ni ,buat blog jak mahu juga sekali sekala berjumpa dengan blogger-blogger dari sabah ni, Hope ada juga yang terbaca ni entry dan dapat organise tu gathering kan, simple-simple gathering pun okey sudah bah tu, apa yang penting matlamat utama adalah kenal- kenal dengan blogger-blogger di sabah ni,

      Bah apa lagi marilah kita( bloger-bloger sabah) jumpa-jumpa kunun, Hope kamurang boleh juga respon ni entry bah supaya kita dapat tahu sama ada okey atau tidak kalau mahu buat gathering ni,Kalau saya ni okey sahaja bah yang penting ada orang atur on sahajak ehhh,,,,okey. Pada blogger semanjung yang tak faham apa yang sanah tulis ni silalah refer pada kamus sabahan anda maksud sanah kawan-kawan sabah ehh




L.O.V.E



Wednesday, October 10, 2012

Terima Kasih Allah Kerana Menyedarkan Aku

Assalamualaikum


      Terima Kasih Ya Allah kerana Menyedarkan Aku banyak perkara. Aku rasa aku bertuah kerana banyak perkara yang aku sedar pada masa kini ya ALLAH. Mungkin rahmat ini yang kau berikan kepadaku tanpa aku sedari. Aku rasa aku cukup bertuah kerana setiap benda yang aku inginkan, aku akan mendapat apa aku inginkan Terima kasih Allah.

Saturday, October 6, 2012

Untuk Kesian Kalinya

Assalamualaikum...

        Ya Allah ujianMU datang kepada aku,untuk menguji keimanan ku KepadaMU .Aku harap aku dapat menempuhinya Ya Allah. Aku kehilangan seorang kawan mungkin kerana sikap aku Ya Allah. Mungkin korang tertamya-tanya kenpa sejak dua menjak entry sanah tulis berkisarkan kesedihan,hakikatnya memang kesedihan yang sanah alami sekarang. Masa yang tidak jangka sanah akhirnya kehilangan teman Rapat sanah yang sanah kenali melalui dunia blog Nama Beliau RAZLIN SHAH,  Persahabatan kami terputus setelah setahun setengah mengenali beliau, Hubungan kami tidaklah istimewa seperti yang korang akan fikirkan ( uhhh ) Beliau merupakan kawan sanah yang sanah curahkan segala luahan hati, Namun hari ini, telah menyakinkan sanah bahawa kami tidak akan seperti dulu, Beratnya hati sanah nak meluahkan semua ini, namin sanah akan cuba harungi insyallah . amin


~ Tak sanggup lagi meneruskan entry ini sekian Assalamualaikum~

Tuesday, October 2, 2012

KisaHku dI MaLam ini

Assalamualaikum

      

Sedih Malam ini agar Berlainan sangat
Sungguh benarkah aku merindui dia
jika ia kenapa aku hanya berdiam diri
Ya Allah aku serahkan Kesedihan aku pada Malam ini
PadaMU


Semenjak Perkara itu terjadi aku jadi bingung
Adakah aku sedih ataupun sebaliknya
saat ini aku perlu jawapan itu 
Ya Allah 

Namun Apa pun kesedihan yang aku alami
aku perlu tahu yang semua ini 
adalah ketentuaan Allah
Yakin dan pasti akan ada hikmah semua 
ini amin ya Rabbal alamin.

Monday, October 1, 2012

laGu ~uJian hidUp~ saNgaT menyentUh hatI





Ketika hidupku tertekan
Mengaburi pedoman
Kepadanya akan ku pergi
Untuk mencari bimbingnya

Ku serah takdir di tangannya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
Namamu selalu ya rabbi

Walaupun tak di beri kemakmuran
Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku teteap syukur pada ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini

Ku serahkan takdir di tangannya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Dia di hati selalu memberikan ku petunjuk
Apabila pemandangan samar
Biarpun hidup digoda ujian dan pancaroba
Pasti ada hikmah di akhirnya

Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
Namamu selalu ya rabbi

Walaupun tak di beri kemakmuran
Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini


AssaalamUalaikum


           Ketika menulis entry ini sanah memang didalam keadaan sedih namun Lagu "ujian Hidup" ini yang membuatkan sanah sedar akan sesuatu iaitu Allah tengah menguji sanah. Terus teang lagu ini bagi sanah sangat-sangat memberi motivasi dan kesedaran kepada kita  tentang kehidupan. First time dengar lagu ni memang da terpikat muzik dan lirik sangat2 debOoM, Masa first time tu sanah dengar versi ADAM  urm not bad, Hope korang pun enjoy dengan lagu ini,


A"Hatiku tetap meMUjaimu IlaHi"