Monday, February 18, 2013

My Home Town ~ Home Sweet Home ~

Assalamualaikum

Hai Korang, Kerana bosan maka terkeluarlah idea nak tulis entri yang ringkas. Selama bergelar pengganggur terhormat ni, sanah banyak habiskan masa di rumah dan menghabiskan masa terlongok kat internet ni mana taknya nak cari kerja la katakan. Doakan sanah semoga rezeki sanah dipercepatkan aamiin. So nak cerita lah kat korang antara aktiviti kat kampung adalah makan, bersama family uh how sweet gitu. Malas nak berceloteh panjang ehehh.,,,nikmatilah keindahan alam  Okey ...Merapuh...





Ayah Tengah menjolok buah kelapa..Come on dad...



Teratak En Mohd Jul Sekeluarga Alhamdulillah Simple je

#  Bersyukur dengan apa yang kita ada, inshallah allah akan berikan kita dua kali ganda dengan apa yang   kita syukuran itu. Renung-renungkan Selamat beramal..#



Sunday, February 17, 2013

My Style Of Hijab

Assalamualaikum


           Selamat Petang Awak- awak semua, Ehh tetiba je nak panggil awak - awak kan. Petang ni kerana dek bosan dan  tak tahu nak buat apa, so sanah nak share kat korang semua about Hijab . Okey sekarang pelbagai fesyen hijab yang sangat kreatif dan sangatlah cantik dan tampak elegan kan dan pelbagai inspirasi yang boleh kita jadikan ikutan dalam kita berfesyen. Tak terkecuali juga sanah oleh itu beberapa gambar yang sanah upload yang untuk korang jadikan inspirasi ....

             Kebanyakkan fabrik hijab yang sanah gunakan dalam gambar tersebut menggunakan pashmina , so korang boleh lah mencuba menggunakan pashmina yang panjang . Dalam kita berfesyen pun , kita masih lagi mengikut syahriat untuk berhijab yang mana ianya menutup dada dan labuh ya akak- akak semua. diharap perkongsian ini dapat membuka mata kita yang mana walaupun ianya labuh tapi tetap masih lagi stailista..



# Opssss Oppa Ganyang Kau
           Inspirasi sanah datang daripada melihat fesyen-fesyen tudung sekarang yang tengah hot , antaranya melalui youtube , program fesyen di televesyen dan banyak lagi . Dalam ke empat-empat gambar diatas setiap satu sanah punya inspirasi tersendiri. Contohnya gambar pertama tu sanah nak  gambungkan  gaya Turban dan juga shawl yang tampak labuh , tetapi dalam menggunakan 1 pashmina saja. so hope perkongsian ini korang suka okey...Baiiiiii ....


Monday, February 11, 2013

::Ya Allah Selamatkan Palestin::

Assalamualaikum

        Alhamdulillah sanah diberi kekuatan untuk menulis satu entri yang mana bagi sanah ianya luahan hati sanah terhadap penindasan bumi Plastine.. Ya Allah bersyukurnya daku kerana aku hidup dengan keadaan yang aman dan tenang Alhamdulillah. Malam ini sanah berkesempatan melihat beberapa video tentang anak-anak Palestin Masyahallah airmata sanah tak berhenti mengalir dan pada masa yang sama sanah kagum melihat betapa semangatnya mereka memperjuangkan tanah air mereka,




      Wahai anak palestin sesungguhnya Allah menghadiahkan kamu syahid inshallah, sanah hanya mampu menitipkan doa untuk kalian wahai anak palestin, berjuanglah anda kerana anda dipihak yang benar. sesungguhnya kamu merupakan anak yang bertuah inshaallah syurga akan menanti kamu di sana  Aamiin.

Saturday, February 9, 2013

Tips Bertudung Dan Fesyen bertudung Bagi Berwajah Bulat.

Assalamualaikum

         Hello blogger-blogger yang aku sayangi , tibalah masa untuk sanah nak menulis satu entri yang mana perempuan berhijab akan sukainya pun, iaitu variasi tudung or fesyen gaya tudung .Bukan sahaja blogger2 diluar je yang suka tuan yang tengah taip entri ni pun lagi suka. Salah satu benda yang paling sanah excited nak shopping  selain baju adalah Tudung ya tuan-tuan dan puan-puan, So tak sah dan tak complete kalau sanah bershopping tak ada dalam senarai barang tu Tudung.  Dari shawl sampai lah ke bawal sanah mempunyai koleksi tersendiri sampai tak muat da wardrobe yang khas untuk tudung.

          Actually apa yang sanah nak share dengan korang walaupun himpunan shawl dan bawal sekarang dan keghairaan kita untuk berfesyen adakah kita sedar bahawa fesyen tudung yang kita gayakan itu sesuai dengan Bentuk Muka Kita?? so itu yang sanah nak korang tau. Sanah akan share kat korang pengalaman sanah sendiri yang mana mempunyai  Muka yang agak Bulat, So bagi bentuk muka yang bulat mereka perlu berhati-hati dalam memilih fesyen bertudung agar kebulatan tu tak terserah ,, ( ambil kau ayat entah apa-apa , asalkan korang faham apa yang sanah maksudkan dah la ). So Lets us chek Ke de Out..




# Gaya Tudung Silang 

    
     Gaya Tudung silang merupakan trendy fesyen yang agak kemas dan cantik apabila ianya sesuai didengan bentuk muka BUTsssss... Korang kena berhati-hati ya terutamanya bagi muka bulat macam sanah ni korang kena pastikan gaya tudung silang ni tidak menampakan kebulatan muka anda. Tips sanah boleh share adalah pastikan bila kita membuat silang ,ianya kena melepasi tulang pipi kita jika tidak silangan tersebut akan menampakan bentuk muka kita menjadi lebih bulat. 


# Gaya Tudung Inspirasi Najwa Latif.
   
         Gaya  Tudung Bawal sememangnya amat sesuai dengan semua bentuk muka tak kiralah yang bentuk muka bulat ke ataupun yang panjang. So pada masa kini Tudung bawal mendapat perhatian yang mana fesyennya juga bukan sahaja terhad, seperti gaya tudung yang sanah gayakan ini, bagi pendapat sanah ianya sesuai dengan bentuk muka sanah tapi korang kena pandai bermain dengan cara lipatan tudung ini, kerana jika kita tak pandai nak membuat lipatan tudung ianya akan menampakan wajah si pemakai menjadi bulat. Pastikan korang muncungkan apabila memakai tudung gaya seperti ini agar mendapat hasil yang lebih baik.

# Gaya tudung Bawal Biasa.

          Gaya Tudung bawal biasa yang seperti sanah pakai ni , mesti ramai dah tau nak pakai so bagi sanah sendiri kalau korang takut nak bergaya atau bereksperimen gaya ini merupakan gaya selamat tetapi walaupun gaya selamat ,korang still lagi boleh berfesyen dengan cara mengayakan lipatan tudung ataupun meletakkan aksesori yang menarik.


# Tudung ekspress
       
           Gaya tudung ekspress merupakan salah satu tudung yang selamat dan cepat , kenapa sanah cakap selamat kerana kebanyakan tudung ekspress ini akan menampakan muka kita nampak tirus dan panjang, Tetapi BE CAREFULL wahai berwajah bulat tidak semua tudung ekspress ini menampakan muka kita kelihatan tirus . Tips untuk memilih tudung ekspress bagi berwajah bulat adalah makes sure bahagian yang keras itu melepasi tulang pipi anda agar ianya kelihatan wajah kita nampak lebih tirus.



# Gaya Tudung Arab.
 
          Gaya tudung yang sanah berikan nama arab style kerana kebanyakan wanita arab memakai tudung seperti ini. Apa yang sanah boleh katakan fesyen tudung seperti ini akan menampakan anda kelihatan lebih kemas dan anggun , tetapi apa yang penting bagi pemilik wajah yang bulat korang kena tahu bagaimana mendapat muncung tudung yang cantik . So tips sanah adalah pastikan anda melipat tudung tidak terlalu  ketat sehingga menampakan wajah bulat anda, berikan kesan muncung sedikit dan lipat tudung tersebut melepasi tulung pipi anda. Dah macam penasihat fesyen da aku ..



         Ini merupakan gaya Feveret sanah sendiri bagi sanah ianya satu gaya tudung yang amat sesuai dengan bentuk muka sanah yang bulat dan memperlihatkan bentuk muka kita lebih tirus. Gaya Inner muncung dan apa yang paling sanah suka ianya boleh di variasikan dari segi pemakaian . So korang alhamdulillah sanah dapat juga berkongsi dengan korang semua hope korang pun boleh berkongsi dengan sanah okey, Apa pun gaya yang kita kenakan kita mesti berbalik kepada syahriat agama iaitu bertudung merupakan satu tuntutan yang wajib dan bukannya sekadar berfesyen. Okey caUuuuuuuuu wasalam.

Friday, February 8, 2013

Nak Tak Rambut Berseri???

Assaalamualaikum..

       
         Salam jumaat semua kepada warga blogger sekalian , hari ini tetiba nak tulis pasal penjagaan  rambut wanita bertudung,  Orang kata rambut itu merupakan mahkota perempuan so, kita tak boleh abaikan walaupun kita ni wanita berhijab betul tak ?. Sekarang ini berlambak produk penjagaan rambut, macam sanah sendiri pun sanah tak terlepas daripada menjaga kecantikan rambut walaupun bertudung, bagi sanah wanita berhijab sangat-sangat memerlukan produk yang bersesuaian dengan rambut mereka, maklumlah dah bertudung ini kepala cepat berpeluh , panas dan kulit kepala pun kurang bernafas, tetapi semua ini tak menghalang kita untuk mendapat rambut yang cantik sekiranya kita tahu produk yang sesuai dengan rambut kita. So, hari ini sanah nak share dekat korang semua produk yang sanah gunakan yang mana sesuai dengan masalah yang rambut yang sanah alami sekarang:

  •    korang mengalami rambut kering  dan beralun ( Maksudnya Kasar )
  •    Rambut yang sukar di urus , sampai susah nak sikat.
  •    Rambut Yang gugur dan membuatkan anda risau.






       Shampoo sunsilk pink ini memang khas untuk merawat rambut seperti yang sanah dah katakan kat atas tadi. Alhamdulillah setelah beberapa kali sanah menggunakan produk sunsilk ni masalah yang sanah hadapi itu dah semakin berkurangan yang bestnya rambut semakin licin rambut dan lurus. Apa pun produk ini memang sesuai dengan sanah jangan ada pula nanti blogger kat luar sana nak salahkan sanah kalau cuba produk ini tak mendapat hasil yang di inginkan. Semua ini bergantung pada masalah rambut yang korang hadapi dan juga keberkesanannya adakala setiap orang berlainan, ada yang mengambil masa yang lama dan ada dalam masa yang singkat  untuk mendapat hasil yang di inginkan. Nak cerita pasal produk sunsilk pink edition ni sebenarnya set yang lengkap adalah 4 produk tetapi masa nak beli tu sanah tak jumpa yang produk  yang lagi satu so move on je la.:
  •  First Gunakan shampoo Sunslik
  • Gunakan conditionar
  • Gunakan treatment rambut 
      Apa yang penting yakin dengan produk kita gunakan dan disamping itu kita nak sesuatu yang cantik tu pun kita kena juga minta dan berdoa inshaallah semuanya akan mendapat hasil yang di inginkan.Lagi satu sanah suka Sunsilk ni coz dia warna pink ehh , dah memang gila dengan warna pink so kalau boleh semua produk-produk sanah gunakan nak ada colour pink ... Sekian Terimass pada yang yang sudi membaca entri ini. Wasalam Muahhhhhh.....

Thursday, February 7, 2013

Reunion Edisi 2013

Assalamualaikum...


           Hello You allss...so apa cerita korang ? da bulan februari ni azam still berjalan lancar lagi ke? hope semuanya pun still in good condition kan. Berbalik pada topik yang sanah tulis kat atas tu tentang reunion yang mana mengumpulkan bekas-bekas pelajar tingkatan 6 ekonomi Sekolah Menengah Tenom. So macam biasa my job is kena set kan masa untuk perjumpaan  kali ni ( ala bukan kali ni je da berapa kali reunion sanah juga yang kena set masa ) So pada tarikh 1.2.2013 merupakan tarikh yang kitaorang plan nak jumpa walaupun pada asalnya ramai yang nak join tetapi yang datang hanya beberapa orang je..disebabkan pelbagai komitmen so let us cheki de out...




       Mari kawan-kawan , mai chek ni habaq kat hampa semua haa tetiba slank utara dah mari ok kat sini chek nak perkenalkan kawan-kawan chek yang terfemes kau ado?? yang the only one yang baju i love USM tu dah memang tentulah pelajar USM nama dia Yap Ken Vun @ Mohd Haikal dia pelajar ekonomi kat USM tu ..ada tak yang kenal beliau tu ?? .  Yang cute sebelah yap tu pula nama dia Polynia or kitaorang panggil poly and kadang2 bila main-main panggil dia poliklinik ehh,,,dia nampak je kecil tapi bakal menjadi guru Bahasa Inggeris beliau merupakan student UPSI...ok yang pakai tudung tu pula Nama dia Sitti asanah or panggilan beliau sanah  dan pelajar perniagaan dari UUM ( nak juga introoo kan ) yang last tu sherly ho masa tingkatan 6 dulu beliau merupakan ketua kelas kitaorang yang sangatlah sporting...





             Kawan yang seorang pula ni bernama Mindy ,, Kitaorang kenal sebab dapat kelas sama2 iaitu 6 ekonomi ,, masa tingakatn 5 kitaorang lain sekolah tapi berjiran , she is very helpfull person  dan dia juga seorang yang pandai . Dan selepas tingkatan 6 beliau tak nak teruskan pelajaran di universiti walaupun beliau mendapat tawaran tersebut. Tetapi yang untungnya beliau mendapat tawaran menjadi pelatih nurse dan sekarang beliau sudah mempunyai kerjaya sebagai nurse ,,untunglah kan dah ada keja...

         


         Sorry gambo yang agak malap cikit , flash tak on masa tu .ok lets me introduce the another friend ok la pakai spek 2 yang comel ala2 korea tu , she is student from UMS dia sudah berkonvo , she taking comunication Mass com la kan.. Kitorang panggil dia echie kat kelas dulu masa sebelum kenal  terus terang sanah mempunyai persepsi negatif terhadap beliau but apabila sanah kenal beliau she very nice person sangkaan sanah terhadap echie ni 100% salah. Dia pun sama otak dengan kitaorang yang lain yang Tink tong. Dia dah berpunya okey , pakwe lama walaupun masuk universiti dorang still lagi bersama ala sweetnya.





           Planning gathering  bertempat d KFC perghhh apa lagi ini lah masanya sanah nak mencuba menu terbaru KFC ( Chicken wrap ) Perghhhhh memang sedap doh menu ni, first time masa sampai kat meja aroma dah membuatkan sanah nak buka bungkusan,,, Then bila part rasa uMMMMMMM memang superverb beb.. korang rasa memang korang akan nak makan lagi,,rasa spicy dan rempah memang terasa,,



   

        Okey yang ni last friend yang datang ke gathering hari tu walaupun dia lambat kitorang tunggu juga ,,she byby nama gelaran yang kitaorang panggil, she is student from UITM taking account uhh , dia ni lagi otak ting tong uhh ada je benda yang nak dilawakkan. Anyway setakat ni saja cerita yang sanah nak sampaikan , masa gathering tu memang tak boleh nak kata apa lah yeah kalau da jumpa tak pernah nak senyap sangat , sampai ada yang tegur kitaorang ni sangatlah bising tapi nak buat macam mana kan kalau da kepala ting tong semua ada ada je benda  yang akan jadi perbualan. Paling yang hangat isu budak UUM tu LISTEN....listen..Listen tak habis-habis doarang gelakan aku coz Listen tu ...ok caaUUU

Tuesday, February 5, 2013

Mungkin Aku Kah???

Assalamualaikum



           Ya Allah ujianMu kali ini datang dengan Harapan
Aku hanya mampu berharap agar Harapan ini menjadi satu kenyataan
Namun aku salah lagi, tenyata harapan yang ada ini merupakan satu ujian dari Mu
Aku tertanya-tanya adakah Hikmah disebalik Ujian ini
Akhirnya aku mendapat jawapan dari persoalan itu yang mana
hikmahnya adalah satu kesedaraan bahawa sekuat mana juga rasa sakit yang kita hadapi
pasti ada Allah di sisi akan membantu kita dan yakinlah Allah Menguji kita
untuk melihat sama ada kita mencari Allah ataupun sebaliknya.




Nukilan : Hati yang terluka.