Monday, September 30, 2013

Review: Eyeliner From SILKYGIRL

Assalamualaikum

Seperti yang sanah janjikan sanah akan review produk so hari sanah nak review produk daripada silkygirl , iaitu dua produk yang fungsinya sama iaitu eyeliner. Sanah memang peminat setia siklygirl dari zaman sekolah menengah tapi masa tu tak ada bajet sangat nak beli alat-alat kosmetik ni, masa kat sekolah menengah tu sanah hanya mampu miliki dua barang daripada produk siklygirl iaitu Bedak compact dan  glossy ehh...

Okey habis part mengimbau masa lalu , so sanah nak tanya produk apa yang korang gunakan untuk eyeliner? ok2 jawap kat ruangan komen itu ok. Cerita pasal eyeliner sanah sebenarnya pengguna eyeliner daripada siklygirl iaitu " SIKLYGIRL Precision  Sharp " dan " SIKLYGIRL 20hr Perfect Stay"


Kedua-dua eyeliner ni memang sanah gunakan tetapi sanah LEBIH meyukai SIKLYGIRL Precision  Sharp Stay berbanding SIKLYGIRL 20hr Perfect Stay. Mungkin anda tertanya-tanya kenapa?


  • Senang nak lukis kat mata.
  • Senang nak cuci . ( x payah sental mata )
  • Senang nak control.

Berbanding dengan SIKLYGIRL 20hr Perfect Stay yang mana bagi sanah ianya susah sikit nak lukis kata mata coz tak nampak sharp dan kalau nak berjalan tu nak solat memang susah nak cuci kena guna makeup remover , Tetapi Kelebihanya adalah Tahan lama dan tak comot .



So korang boleh nampak perbezaannya di atas yang mana menampakan sharp kat mata kita lagi satu SIKLYGIRL 20hr Perfect Stay dibekalkan dengan penajam,,so sangat remeh thats why sanah lagi suka eyeliner berbentuk cecair senang kan... korang pula macam mana suka eyeliner jenis apa..pencil,gel or cecair? Jom kita shareing

Notakakidantangan: sesiapa yang nak sanah reviewkan produk sila baca SEGMEN REVIEW PRODUK





Friday, September 27, 2013

Pencarian Blog Yang Menarik

Assalamualaikum

Kebelakangan ni sanah banyak habiskan masa dengan membaca blog-blog yang ada tetiba jadi habit sanah nak singgah blog dan membaca entri-entri yang menarik. So oleh yang demikian ( ayat skema da kua ) sanah rasa sanah nak cari Blog yang menarik bagi sanah ianya untuk pembacaan sanah juga sebenarnya in sha allah kalau ianya menarik sanah akan buat satu review blog and cerita pasal blog korang ok.

Blogger baru or otai boleh je letak link dalam ruangan komen tu ok supaya sanah boleh baca blog korang dan follow in sha allah. So semua blogger boleh je join tak ada syarat langsung yang penting ada blog dan milik anda.

Wednesday, September 25, 2013

Hello Kitty Malaysia Buat Sale ~ Jom Serbu~

Assalamualaikum

So pada peminat tegar Helllo Kitty Macam saya ni ada berita baik untuk korang , Hari ni Hello Kitty malaysia buat sale lah pergh banyak stuff HK yang murah pada korang yang Fanatik tu sila Singgah Hello Kitty. Tak nak cerita banyak so korang pergi website and cuci telinga,dompet dan mata ok.





Sanah rasa dompet ni cute lah

Notakakidantangan: Korang nak saya review produk/blogshop baca lebih lanjut Segmen Review Produk

Blogger Filipina " Ana Victorina"

Assalamualaikum

Mungkin korang pelik dengan tajuk entri sanah kali ini bukan, untuk tidak membiarkan korang keliru,celaru dan migrin biarlah sanah memperjelaskannya okey. Berapa bulan lalu sanah banyak view youtube pasal make-up sehinggalah sanah berjumpa dengan satu channel yang bagi sanah sangat awesome iaitu channel daripada ANA VICTORINO. To be honest sanah memang sangat kagum dengan hasil makeup ana ni dah la umur beliau masih muda tapi sangat kreatif dan dalam bidang andam-mengandam ni ehh.. 

Ini salah satu Tutorial make-up yang cik ana buat yang sanah suka..simpell



Dalam view channel makeup ana ni sanah jumpa dengan link blog beliau wah dia pun blogger juga  so pada korang nak pergi blog cik ana ni Klik Sini. Blog cik ana ni banyak review pasal alat-alat makeup memang bestlah banyak info juga kita boleh dapat. Sanah dapat tau beliau merupakan seorang warga filipina dan masih  muda ,, tapi sanah tak sure sangat umur cik ana ni ok.




Ni antara makeup c ana ni buat ,,,kreatifkn.


Bagi korang yang nak belajar make-up tu korang boleh lah jenguk channel ana ni ianya banyak membantu terutamanya mereka yang baru berjinak-jinak nak make up kan. Lebih lanjut pergila blog beliau ok ehh , 

Notakakidantangan : sesiapa yang nak sanah reviewkan produk or blogshop/perniagaan online sila rujuk sini Segmen review Produk








Sunday, September 22, 2013

Segmen review produk/Blogshop/ Online shop.

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah tamat dah giveaway yang sanah anjurkan tq kepada sponser Preternatural Touch ok pegi la jenguk FB Preternatural Touch ok banyak barang-barang yang menarik. Tetiba sanah rasa nak buat sesuatu pula kat blog sanah ni. So pada siapa yang nak sanah reviewkan produk or blogshop or online shop korang boleh je contact sanah ok nanti sanah akan berikan detail bagi mereka yang nak sanah reviewkan produk tu.

Namun yang demikian ..Skema ayat karangan tu. Sanah akan cuba review or promosikan produk yang sanah rasa ianya bermanfaat kepada pembaca ok.  So apa yang syarat sanah kenakan adalah..

  1. Bagi nak sanah reviewkan or promote produk tu kalau boleh tolonglah bagi sampel ok. sanah akan cuba produk korang dan pada masa yang sama sanah akan sharekan pengalaman sanah gunakan produk korang juga.
  2. Tak semua produk sanah akan review ok ikut kesesuaian juga ya takut lain pula jadinya. Dalam review tersebut sanah akan bersikap jujur dan mengatakan perkara yang benar ok. No tipu2 dosa
  3. Sanah akan cuba promote produk or blogshop/online shop sehabis baik sanah tak nak lah dikatakan nanti tak amanah pula ye.
So bagi korang yang nak sanah reviewkan  tu jangan malu-malu nak contact sanah ok kita akan cuba berkerjasama . Tak salah untuk membantu. so  ni detail yang korang boleh hubungi sanah

FB - just pm je rangers.rsanah
e-mail - r_sanah89@yahoo.com

saja nak tempek muka kau adooo

Pemenang Giveaway

Assalamualaikum

Hello guys so berakhirlah  giveaway sanah so tak nak banyak cakap sanah just nak bagitahu pemenang bagi giveaway ni ok...malas nak membebel dah ehh 







Blog : http://kampung-kameq.blogspot.com

BTW sanah ucapkan tahniah kepada asrul coz memenangi giveaway ni dah kepada yang lain juga sanah ucapkan terima kasih coz sudi join giveaway sanah yang tak seberapa ini. In sha Allah sanah akan membuat giveaway lagi lepas ini apa2 pun tq ok ...congrtz pada yg menang n yang lain cuba lagi...

Saturday, September 14, 2013

Jom Join Giveway

Assalamualaikum.

So secara rasminya saya Siti Asanah akan melancarkan Giveway Yeahh ( Macam YB tak ) ok so korang hari ini sanah akan buat giveway yang simple dan tak susah mana pun . 

Hadiah Sponser By Preternatural Touch Sila lawat FB mereka dan cuci Mata Here


Nak Join ?? Jom Lihat apa yang patut Korang Buat

  • Syarat simple sangat  tak payah susah nak tag, nak follow nak buat entri TAK PERLU . Just Komen Je. See simple bagai nak Gile ehh.
  • Syarat kedua bagi memudahkan untuk saya hubungi just letak LINK  Blog , Facebook dan Email . Tu sahaja ya puan n Tuan
Nak tengok Tak hadiah Yang korang bakal MILIKI

Ni Hadiah yang Korang bakal Terima.

NoTe
  • Pemenang akan di umukan sehingga tarikh Giveway selesai so alert ok. 
  • Hadiah akan di poskan ke alamat Oleh pihak sponser iaitu Pihak Preternatural Touch sendiri.
  • Hadiah Tidak boleh ditukarkan kepada wang tunai ya cik2,abang2 dan sewaktu dengannya.

Friday, September 13, 2013

Preternatural Touch Perniagaan Online Yang Awesome.

Assalamualaikum

Hai hari ini sanah akan review satu  perniagaan online  yang sanah rasa awesome dan sangat unik . Kenapa sanah rasa ianya unik part tu nanti sanah akan ceritakan.  Preternatural Touch merupakan satu perniagaan online yang menyediakan perkhidmatan seperti doorgift untuk majlis kecil-kecilan dan juga hamper mengikut tema majlis yang anda nak kan. selain itu, Preternatural Touch juga menyediakan produk seperti

  • Barangan Bayi
  • Barangan Perhiasaan Wanita / Aksesori
  • Produk Kecantikan/ kosmetik
  • Pakaian ( Plus saiz pun ada )
  • Kraf ( Le request ).


Ni antara aksesori tau ...ni sbhgian je


Ni untuk yang nk doorgift pun boleh
 Nak Info or nak cuci mata Boleh ke FB mereka Sini


So pada korang terutamanya yang nak buat majlis keci-kecilan yang rasa tak cukup bajet Don't Worry Mereka juga ada menyediakan perkhidmataan yang mana mengikut Bajet yang korang kehendaki jadi tak payah la nak pening2 kepala pasal bajet coz Preternatural Touch akan menyediakan setanding dengan bajet yang korang ada disamping kualiti dan perkhidmatan pun dijamin ok punya.  Ni yang unik Semua Boleh bincang dengan pihak dorang..Nego-nego pun boleh.

NotaKakiDanTangan: So Pada korang yang hadiah seperti yang diatas secara FREE sanah akan Buat Giveway Yang mana sponser by Preternatural Touch sendiri Nantikan ok.




Muzik video sahabat

Assalamualaikum 

Tetiba baca banyak entri pasal sahabat pula malam ini.. so astro akan siarkan drama sahabat bermula 16 september ni jam 5.30 pm . so korang jangan lupa tonton tau. Sempena drama sahabat ni pihak astro ada menyediakan satu ruang untuk dedikasi sahabat so korang boleh buat muzik video mengenai sahabat korang.,, so lawat lah laman web astro ini http://astrosahabat.com.my/app/?vid=recipient-364_ZSJ2movHCs ok.

pelakon2 sahabat
Berbalik pada video tu pula sanah pun tak lepas peluang nak buat ehh...pa korang je bole sanah pun nak juga. Memandangkan sanah ada 4 orang sahabat so kena la buat untuk empat org nanti merajok pla dorg kan. Tapi yang seorang akak mida tak boleh nak publish urmm .. jom tengok video tu..




Wednesday, September 11, 2013

TIPS WAJAH BULAT UNTUK BERHIJAB II

ASSALAMUALAIKUM

Hai semua, kali sanah akan buat satu entri khas tentang Tips wajah bulat edisi berhijab II okey. Mungkin ada yang tertanya kenapa kali kedua. Sebabnya sanah dah buat entri tu so ini untuk kali yang kedua  so pada yang terlepas sila baca SINI.  Ada yang tertanya apakah yang sanah maksudkan apabila kita bertudung mestilah melepasi TULANG PIPI wahai si wajah bulat?






So atas permintaan fatin sanah akan terangkan apa yang sanah maksudkan dengan " melepasi tulang pipi" hope ianya membantu ok.



Seperti gambar di atas apa yang si wajah bulat harus elakan adalah apabila melipat tudung or memakai tudung or korang kena pastikan ianya melepasi garisan 2 itu okey ianya akan mengelakan bentuk muka anda menjadi semakin bulat. Dalam gambar ni sanah melipat tudung pada bahagian 1 dan ianya kelihatan bulat bukan..



See bila kita melipat tudung pada bahagian 2 ianya membuatkan paras muka kita lebih tirus dan kelihatan tidak bulat seperti bola ehh.. so sanah harap ianya sangat membantu terutamanya mereka yang risau berwajah bulat itu untuk berfesyen dalam hijab.

To fatin hope ianya membantu.