Sunday, February 19, 2012

BiLa Rajin.....????

Assalamualaikum.

          Petang-petang ni agak bosan juga kat rumah tak ada aktiviti, Ok lah sempena nak berakhir cuti ni nak cerita la kat umah ni bila dah cik senah ni rajin buat pa ??? ce teka..ce teka okey lah alah tak ada benda lain nak dibuat adalah:

1. Main masak-masak



Keja hasil anak en mohd jul


Tara.....ehhh jemput makan ek
          Bila dah rajin bebeno tu apa lagi masak lah ,,tetiba pula teringat masa kecik2 dulu kan main masak guna daun ehh sekarang ni dah beso dah xle kena masak betul-betul yang oi,.kena praktis
haa kan da beso ,,,( mak mentua xnak nanti kikiki )
anyway gambo tu sanah masak mee bandung versi tak da telur ( Parents x nak letak telur)
pas ni rajin ke tak rajin kena ngadap Assigment ambik kau Last sem la katakan
Chayok.....chayokk sanah.

Saturday, February 18, 2012

Cutiku Yang akan Berakhir..

Assalamualaikum...

        Erm 20.2.2012 pergh rasanya korang tahu tak tarikh tu tarikh apa? ce teka..ce teka haa.. Myb ada yang tahu ada yang tak kot. Pada tarikh tu lah akan berakhirnya cuti semua student terutamanya student IPTA or IPTS selama sebulan terperap kat uma bersama family tersayang. So ada 2 hari lagi korang da balik ek yang lain ?? yang naik flight macam sanah ni da beli tiket ke?? uhh mestilah da kan cuti dah nak berakhir tapi sanah balik 22.2 2012 ehh Jangan marah ye lect ehh bukan apa lagipun saja nak balik lambat-lambat coz sebelum ni tak pernah buat ( pergh alasan aku dengar kan le lect ak mampui ) Last sem la katakan saja nak tunjuk belang ok2 tak de2 itu part mengarut ok.

      Cuti yang tak lama berakhir urmm sepanjang cuti just sanah duk uma tak pergi mana2 pun uhh melainkan jalan2 untuk hilang tension dengan family salah satunya adalah Melantak bersama ( Makan bersama ) , Hari tu sanah teringin sangat nak makan PIZZA HUT urmm ngidam doh tetiba apa lagi namk iklan kat tV namboh la ngidamnya uhh ,,bukan pa sanah bgidam SPEGETI nyummy. Cakap la dengan ayah sanah nak makan pizza uhh Sekali hari rabu lalu ayah ajak keluar tak tahu pu nak pergi mana ,, sampai- sampai je terus parking kat PIzza Hut perghhh kau happy Giler anaknya seorang ni.

That My dad...Thanks pa coz penuhi permintaan sanah



Ni cik sanah yg punya haa




      Apa pun cuti nak berakhir Good Luck sanah for Last sem uhh doakan untuk sanah gak ok , Tak sabar naj jumpa member2 Power rangers and kawan-kawan kuliah yang lain urmm mesti banyak story mory ni, apa pun sampai je kat airport 22.2.2012 ni bukan kena balik bilik kena stay hingga kawan sanah lagi seorang sape tak kenal wawa...@salwa  urmm memang nguap je la keja nanti kat airport.

Wednesday, February 15, 2012

BoLa sepak??

Assalamualaikum

       Bola sepak ?? apa yang menarik pasal bola sepak bagi sanah and kenapa saya sendiri meminati bola sepak tentu ramai yang tertanya-tanya kan. Pada zaman sekarang ni tak kira lelaki ke perempuan ke semuanya pun akan bercerita bola sepak betul tak?. Sekarang ni dah tak macam Dholu-dholu, ya la kalau zaman dulu-dulu kalau perempuan minat bola sepak dianggap pelik kalau tak pun mesti dianggap "TOMBOY". Bagi sanah sendiri sanah minat bola sepak ni sejak kecil lagi lah mana tak bila ada je pertandingan bola sepak dunia "WORLD CUP' urm abang sanah and sepupu akan berkumpul dan sanggup berjaga malam hanya kerana BOLA. Keadaan ini sedikit sebanyak ianya mempengaruhi sanah dan akhirnya sekarang sanah begitu suka tengok BOLA SEPAK.

Apa Yang Menarik Bola Sepak Pada Pandangan Sanah
  1. BOLA SEPAK - Best untuk ditonton kerana bagi sanah , sana suka semangat yang mereka tunjukan apatah lagi bila mewakili negara masing-masing. Semangat dorang tunjukan begitu membuatkan penonton pun terikut sama . Kadang-kadang penonton pula yang lebih kan, Mana tak sampai ada yang bergaduh dan bermati-matian.
  2. BOLA SEPAK - Antara sebab sanah suka tengok bola sepak kerana sanah suka tengok skill peribadi seseorang pemain itu, tak semuanya yang pandai main bola sepak  tau skill ok, kerana skill ni kadang -kadang merupakan anugerah dan juga memerlukan pengalaman. Kalau tanya sanah kebanyakan pemain brazil sanah suka tengok skill mereka, Menarik untuk ditonton uhh,,dan brazil juga merupakan negara yang sanah minat dari kecil lagi kalau tak silap dari umur 8 tahun lagi. Kalau kat malaysia ni sanah suka skill yang ditunjukan oleh Safee sali dan juga Favt pemain sanah Shafiq Rahim.
  3. BOLA SEPAK - Sanah suka bola sepak kerana ianya satu sukan yang bagi sanah mencabar dan sebagai penonton pun ianya mencabar emosi kah2,,, macam sanah ni memang emosi sikit la kalau nak tengok bola lagi satu habit suka teriak tak kira lah masa gol ke masa tengah nak gol ke haaaa. Tapi secara jujurnya ianya memang mencabar kerana BOLA SEPAK ni kita main bukan setakat main je , Planing itu penting orang kata Strategi lah, selain itu Persefahaman juga urmmm,,,,,semangat tapi apa pun bagi sanah sanah memang suka BOLA SEPAK.
    Apa pun bagi sanah ianya satu permainan yang bole merapatkan silaturahim jika kita betul-betul amati. Sanah juha mengikuti Bola sepak yang ditunjukan oleh pasukan malaysia samada Harimau Malaya Or Harimau Muda. Sanah Begitu meminati pasukan negara kita setiap sokongan sanah akan bagi 100% ehhh , pantang je ada game ada juga muka ni nak menyibuk haa yang paling penting Habit teriak haaa....Liga premier dan Liga super pun sanah ikuti perkembangan apa pun sanah berharap SABAH FA dapat meningkatakan peningkatan. Anyway Tak sedar entry sal bola ni panjang sangat ehh sudilah baca ok,


Pemain Yang sanah Minati ehem.....

shafiq Rahim Favt Player Bila lah dapat jumpa dia??

Ni pemain import Sabah Brenden Gan urmm salah seorg Player sanah yang sanah minat



Monday, February 13, 2012

ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum wbt

      Sekali lagi aku malas nak update ehh jangan marah ya. Hey apa cerita minggu ni ada cerita best tak nak share? Urm sanah tak yang interesting sangat kat kampung ni ,nak outing pun tak ada member, member semuanya pun tak balik kampung sedih coz sangat2 boring tanpa ada aktiviti duduk kat uma je macam anak dara nak tunggu kena pinang haa...Just Kidding,

      Okey entry sanah tulis coz sanah nak bersyukur "Alhamdulillah"  Thanks Allah coz akhirnya debaran sanah dah berakhir ehh ... Debaran apa tu ye ?? haaaa apa lagi kalau tak result dalam berapa minggu yan lepas otak asyik berfikir je ,risaulah and macam-macam ada. Akhirnya pada tarikh 9hb.2.2012 keputusan bagi UUM secara rasmi keluar perghh dah la masa tu sanah sakit tak ada mood pun nak chek. Bila nak chek pula urm ambik masa dari jam 2 sanah cuba buka portal jam 6 sanah baru le masuk Amazing..

      Keputusan memang tidak mengecewakan sanah just ada tak capai target bagi satu subjek but its ok sanah dah cuba sedaya upaya seperti sem-sem yang lepas result menunjukan peningkatan first buka portal tak percaya gak dapat keputusan macam tu coz sanah ni suka main-main and study pun last minit ( jangan nak ikut tau) But alhamdulillah sanah percaya jika kita ada usaha event last minit ke apa pasti akan ada hasilnya,,tapi ikut kemampuan Otak juga ok. BFF sanah semua pun dapat Good result yang bestnya semuanya kitaorang meningkat dari segi CGPA uhhh . Anyway Tak lama lagi sem 6 akan bermula dan Merupakan Last sem bagi sanah wish me Good Luck okey...Muahhhhhhhhhh...........Muahhhhhhhhhhhh..........


     

Sunday, February 5, 2012

saLam Maulidur rasul

Assalamualaikum...


                  Alhamdulillah hari ni 12 Rabiulawal merupakan tarikh yang begitu penting buat semua ummat sekalian alam, Hari ni merupakan Hari kelahiran Nabi Muhammad S.a.w yang mana beliau merupakan pembimbing ketika di zaman jahiliyah. Di kesempatan ni sanah dengan tulus ikhlas megucapkan SELAMAT MENYAMBUT KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W.  Selawat ke atas Nabi jangan lupa pula okey.




Thursday, February 2, 2012

Korang Kejar Traffic Ke Or Traffic Yang kejaR korang?

Assalamualaikum....

         Hai hamba Allah semua segarnya pagi ini kan ada dah ke yang da bangun ni? Okeylah tetiba hari ini sanah nak tulis something just pagi-pagi ni otak segar sikit tetiba ada idea nak tulis pasal Traffic kat blog bukan traffic kat jalan raya tu ok no..no..no...

Bukan Traffic ini yang dimaksudkan.
       Traffic yang sanah maksudkan adalah pengunjung yang datang kat blog korang ada Faham sekarang. Okey sanah just terfikir korang nak berblog sebenarnya atas dasar apa ? adakah kerana ingin menjadi perhatian or popular dengan mengejar traffic or suka-suka sahaja? itu bergantung terhadap individu masing-masing kan.  Bagi sanah tak ada masalah orang tu nak kejar Traffic, itu mungkin untuk kepuasan mereka juga kan kita tak boleh nak judge dorang ni "giler popular" lagipun kita ni mesti mempunyai naluri untuk disukai or naluri ingin dikenali atas dasar usaha yang kita lakukan betul tak?.

Ni Traffic yang tUl ..

         Apa pula traffic yang sanah maksudkan dengan traffic yang kejar korang? okey apa yang sanah maksudkan disini adalah korang berbloging secara suka-suka then tanpa sedari blog anda diminati ramai sebagai contoh yang terdekat sanah ambil macam FATIN LIYANA ( femes blogger ) okey. Mugkin anda tak sedar yang blog anda memang diminati kerana anda ikhlas untuk menulis entry or myb entry yang anda tulis itu memang menarik perhatian blogger2 and pembaca yang lain dan hasilnya traffic blog anda melambung tinggi  see what i mean here. Its not possible if u r blog right now without u r realize got the high traffic right? So apa yang sanah ingin sampaikan kepada anda ialah anda  digolongan yang mana? Adakah korang kejar traffic or myb traffic yang kejar korang so just ask u r self where are you right now?.