Wednesday, October 31, 2012

~ Ladies Night ~

Assalamualaikum

      Selamat pagi semua hari ini seperti yang sanah janjikan,,janji ke haa..kan sanah ada buat Preview Tentang Our Farewell so sekarang ni merupakan cerita sepenuhnya okey. Farewell ni actually jamuan untuk last day saya.salwa dan juga Lisa . Ideanya datang dari kawan kita orang Miss Sandra dia suggest nak buat farewell so kita orang pun accept la..Balik je keja petang tu siap-siap beli bahan-bahan untuk dimasak walaupun tak lah banyak tapi untuk memeriahkan majlis memang mencukupi.

         Tak dinafikan petang tu sanah memang pening migrin menyerang rasa cam tak best je tapi alhamdulillah lepas je solat maghrib sanah da okey. Sanah pergilah ke dapur untuk membantu kawa-kawan yang nak memasak kononya last-last sanah juga yang kena masak. persiapan berjalan dengan lancar ....



Post dengan baju kerja ek

Miss sandra potong tembikai

simple je nak masak
         Plan nak santai je tetiba pula datang idea nak kena guna dress pula dah ,,,habis satu rumah kelakabut nak cari baju la alahai memang masa tu kelam kabut gak la ,,mana nak kena dress then kena make up  upss haaa .Selesai je kita orang bersiap sesi yang amat melucukan adalah saat mengambil gambo yang memang riuh tak habis-habis ketawa nasib bek tak ada jiran sebelah  kalau tak gerenti perang punya .



























surprise kek from Lisa
       Lupa nak cerita lagi yang petang tu ada surprise masa nak makan dah tetiba kek keluar kak lisa sponser kek tau ( pada hal satu umo gak ) Tq lisa suriahani nak tau mana dia  yang pakai shawl tu dia lah lisa cantik kot dia putih ehh nak ngurat boleh still single lagi. Anyways thanks guys for all that you all do for us hopely we can see again in other time. opss lupa nak bagitahu semua ladies -ladies ni asal sabah ek dan merekalah kawan-kawan praktikal sanah ehh...by Assalamualaikum

Tuesday, October 30, 2012

PreView : OuR FaReweLL

Assalamualaikum




We Are Satu MaLaysia

Wait For Our Story Party GirL but Not Party Liar 

M.A.T.A.N.G K~.K.E????

Asaalamualaikum



      Alhamdulillah sanah masih lagi rajin nak update blog kesayangan ini...Urm sayang la sangat kan.walaupun buzy banyak kerja tak buat lagi mana dengan report praktikal then dengan log book lagi sanah relex je nanti bila masa nak siap hantar baru nak kalut kan. "Hey Matang Ke awak??" urmm sentap seketika bila disoal sedemikian. Sanah pun tertanya-tanya adakah sanah ni telah mencapai tahap kematangan seperti mana yang sepatutnya i mean umur macam sanah ni ar dah 23 tahun ( Tapi Tak Genap Lagi Okey ). 



CiK kaK kita tengaH peace gitu
    Terfikir juga bila kita dah dewasa adakah kita ni matang dari segi pemikiran,dari segi imej luaran or dalaman urmmm?? terus terang sanah mengaku sanah tak lah matang sepenuhnya, fikiran  pun macam budak-budak kecik sanah bila ingat masa zaman kanak-kanak dulu kalau nak buat apa-apa je mesti akan fikir singkat je, namun bila dewasa ni alhamdulillah sanah dapat berfikir sebelum melakukan sesuatu contohnya bila bercakap..bila rasa nak marah or bila rasa tak puas hati sebelum sanah buat semua benda tu automatik kepala sanah akan berfikr negetif or positif sesuatu benda .

" Aku tak puas hati lah dengan minah ni ,,,,rasa nak jer ak sound dia urmm kalau tak boleh sound depan-depan apa kata sound dia kat fb"


    Situasi macam ni korang pernah tak lalui , sanah tak nafikan situasi macam ni lah yang always bermain kat fikiran sanah bila rasa tak puas hati . Namun bila keadaan cam tu timbul sanah akan cuba tenangkan diri dan secara auto fikiran sanah akan menganalisis perkara yang sanah nak buat tu salah ' 


" Kalau kau nak buat cam tu post-post kat FB ada orang lain terasa macam mana?? then kau tak terfikir ke bila kau post cam tu orang lain akan tau aib kau dan kau dalam masalah."  



    Biasanya benda-benda macam ni la yang akan bermain dalam kepala sanah bila nak buat jahat ehh ..tak dapat dinafikan kematangan ni yang membuat kita lebih dewasa bukan. Sanah selalu fikir yang adakalanya kematangan itu perlu ditunjukan melalui tindakan kita bukannya hanya mengikut kemarahan semata-mata. betul tak. Jangan Jadikan kemarahan ataupun kebencian itu menjadikan kita buta dan lupa untuk berfikir tentang sesuatu kebaikan dan juga kejahatan.

Jangan Sibuk mengupdate kat FB tu Senah




Saturday, October 20, 2012

Saturday, October 13, 2012

Gathering Untuk Blogger Sabahan??

Assalamualaikum


( Sabahan Style )

       Laju je tangan nak taip pada malam ini,,tetiba dapat sudah saya idea ( sabahan speaking ), tetiba terfikir dan tertanya-tanya adakah blogger sabah ni buat gathering ya? kalau ada best juga kan, boleh juga kenal-kenal dengan bloger-bloger disabah ni, selama ni ,buat blog jak mahu juga sekali sekala berjumpa dengan blogger-blogger dari sabah ni, Hope ada juga yang terbaca ni entry dan dapat organise tu gathering kan, simple-simple gathering pun okey sudah bah tu, apa yang penting matlamat utama adalah kenal- kenal dengan blogger-blogger di sabah ni,

      Bah apa lagi marilah kita( bloger-bloger sabah) jumpa-jumpa kunun, Hope kamurang boleh juga respon ni entry bah supaya kita dapat tahu sama ada okey atau tidak kalau mahu buat gathering ni,Kalau saya ni okey sahaja bah yang penting ada orang atur on sahajak ehhh,,,,okey. Pada blogger semanjung yang tak faham apa yang sanah tulis ni silalah refer pada kamus sabahan anda maksud sanah kawan-kawan sabah ehh




L.O.V.E



Wednesday, October 10, 2012

Terima Kasih Allah Kerana Menyedarkan Aku

Assalamualaikum


      Terima Kasih Ya Allah kerana Menyedarkan Aku banyak perkara. Aku rasa aku bertuah kerana banyak perkara yang aku sedar pada masa kini ya ALLAH. Mungkin rahmat ini yang kau berikan kepadaku tanpa aku sedari. Aku rasa aku cukup bertuah kerana setiap benda yang aku inginkan, aku akan mendapat apa aku inginkan Terima kasih Allah.

Saturday, October 6, 2012

Untuk Kesian Kalinya

Assalamualaikum...

        Ya Allah ujianMU datang kepada aku,untuk menguji keimanan ku KepadaMU .Aku harap aku dapat menempuhinya Ya Allah. Aku kehilangan seorang kawan mungkin kerana sikap aku Ya Allah. Mungkin korang tertamya-tanya kenpa sejak dua menjak entry sanah tulis berkisarkan kesedihan,hakikatnya memang kesedihan yang sanah alami sekarang. Masa yang tidak jangka sanah akhirnya kehilangan teman Rapat sanah yang sanah kenali melalui dunia blog Nama Beliau RAZLIN SHAH,  Persahabatan kami terputus setelah setahun setengah mengenali beliau, Hubungan kami tidaklah istimewa seperti yang korang akan fikirkan ( uhhh ) Beliau merupakan kawan sanah yang sanah curahkan segala luahan hati, Namun hari ini, telah menyakinkan sanah bahawa kami tidak akan seperti dulu, Beratnya hati sanah nak meluahkan semua ini, namin sanah akan cuba harungi insyallah . amin


~ Tak sanggup lagi meneruskan entry ini sekian Assalamualaikum~

Tuesday, October 2, 2012

KisaHku dI MaLam ini

Assalamualaikum

      

Sedih Malam ini agar Berlainan sangat
Sungguh benarkah aku merindui dia
jika ia kenapa aku hanya berdiam diri
Ya Allah aku serahkan Kesedihan aku pada Malam ini
PadaMU


Semenjak Perkara itu terjadi aku jadi bingung
Adakah aku sedih ataupun sebaliknya
saat ini aku perlu jawapan itu 
Ya Allah 

Namun Apa pun kesedihan yang aku alami
aku perlu tahu yang semua ini 
adalah ketentuaan Allah
Yakin dan pasti akan ada hikmah semua 
ini amin ya Rabbal alamin.

Monday, October 1, 2012

laGu ~uJian hidUp~ saNgaT menyentUh hatI





Ketika hidupku tertekan
Mengaburi pedoman
Kepadanya akan ku pergi
Untuk mencari bimbingnya

Ku serah takdir di tangannya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
Namamu selalu ya rabbi

Walaupun tak di beri kemakmuran
Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku teteap syukur pada ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini

Ku serahkan takdir di tangannya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Dia di hati selalu memberikan ku petunjuk
Apabila pemandangan samar
Biarpun hidup digoda ujian dan pancaroba
Pasti ada hikmah di akhirnya

Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
Namamu selalu ya rabbi

Walaupun tak di beri kemakmuran
Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini


AssaalamUalaikum


           Ketika menulis entry ini sanah memang didalam keadaan sedih namun Lagu "ujian Hidup" ini yang membuatkan sanah sedar akan sesuatu iaitu Allah tengah menguji sanah. Terus teang lagu ini bagi sanah sangat-sangat memberi motivasi dan kesedaran kepada kita  tentang kehidupan. First time dengar lagu ni memang da terpikat muzik dan lirik sangat2 debOoM, Masa first time tu sanah dengar versi ADAM  urm not bad, Hope korang pun enjoy dengan lagu ini,


A"Hatiku tetap meMUjaimu IlaHi"


Sunday, September 30, 2012

~My PraKtikUm ~




Assalamualaikum..

       Hai korang apa khabar? hopely korang dalam keadaan sihat dan dibawah limpah kurnia rahmat allah. Malam ni tetiba rajin nak tulis entry ehh,,maklumlah bukannya sanah ni  jenis update blog  hari-hari ,dulu boleh lah nak update setiap hari tapi sekarang malas yang teramat sangat, Meniti hari demi hari sebagai pelajar praktikal Alhamdulillah dah 3 bulan masa berlalu dan tak lama lagi sanah akan menamatkan kehidupan sebagai pelajar praktikal,insyallah hujung bulan 10 ni sanah akan menamatkan Latihan Industri sanah secara rasminya ehem2 ehh,,,,

         Selama tiga bulan sanah praktikal alhamdulillah banyak yang sanah belajar its about something yang sanah tak pernah lalui selama ini. Betul orang cakap" its very different when your study and when your  has a work" Totally sanah rasa lebih banyak masa bila study daripada masa kerja, Tapi apa pun its about life yang kita kena lalui sometimes we need to think that not all we can get very easy right ,,,semuanya kena ada usaha macam tu juga bila kita berada didalam bidang perkerjaan "NO SHORTCUT" 

         Okey its about my pratikum sanah menjalani latihan industri di PERBADANAN PINJAMAN SABAH so it mean sanah bergelumbang dengan duit-duit dan client-client waa canggih tak bunyi so sanah banyak benda yang sanah belajar tentang FINANCIAL , One more thing kat PPS sanah dibawah Jabatan KAWALAN KREDIT so its mean tagih hutang ehh,,, tapi bukan along okey. Kitaorang ada cara yang lebih efektif untuk menangih hutang . Yang menariknya kitaorang bukan sahaja menjalani latihan industri tetapi kiitaorang juga di latih pelbagai benda. Setiap hari selasa kitaorang akan ada aktiviti shareing daripada staff-staff yang mana mereka akan berkongsi pelbagai benda termasuklah bagaimana kita menjadi perkerja yang baik dan cara-cara menghadapi temuduga diluar sana.




OwH It me >>>.





View FrOm bUkit KoKoL TraInee Outing

MemorY wiTh Other Trinee wheb rya celeb

My tabeL

Friends aT sCc aLsO traInee

TrIp To kOkOl


Sunday, September 16, 2012

KeBoriNgaN Yang teRaMat

AssaLamualaikUm...


            Pagi ahad yang cantik tapi sangat-sangat boring coz tak ada plan nak pergi mana-mana. Sms semua kawan tapi semuanya buzy dengan dunia masing " sorry tak dapat pergi " urm kadang -kadang sakit hati juga bila kawan baik kita yang dulunya always bersama kita dan bila setiap kali kita ajak jalan ada je alasan. ok nampak tak sanah tengah kecil hati dengan kawan sanah. Semenjak tempat praktikal kami berjauhan nak ajak dia jalan pun susah heran gak , kita orang pun praktikal gak tapi tak adalah sampai tak ada masa nak hangout ,hari ahad pun buzy la apa lah arghhhhhhhhhh....( geram yang teramat ) . Sanah faham kalau dia buzy sanah pun tak nak ganggu tapi kan yang peliknya setiap kali nak ajak jalan setiap kali alasan yang sama pelik la juga. Serezly sanah sangat -sangat terasa dan kecil hati pada saat ini. 

             Selama ini pun kalau dorang nak minta teman pergi ke mana-mana sanah tak pernah nak hampakan permintaan dorang , sanah ikut jer tapi dorang ? Haishhh sanah bukannya apa saat ini sanah betul2 sedih dengan sikap dorang ni. Myb sanah patut mengasingkan diri kot lepas ni tak payah nak ambil tahu pasal dorang myb itu lebih baik. 



Saturday, July 14, 2012

BiLa aKu sUdaH ???

 Assalamualaikuk w.b.t

       Nak cakap apa yer bagi pembuka kata ehh.. da lama sangat tak menulis jadi blur dibuatnya ehh sekali lagi sanah tak aktif dalam dunia blog tapi serezly i really miss to write something on my diary.Its not easy to spent time for this year especially to write something kan ehh...tiba-tiba2 Oh My english. Ok Lah sekali lagi maafkan sanah ok, kehilangan dalam dunia maya banyak kaitan dengan kebuzyan  dan sanah  sebagai final student ehh dan sekarang alhamdulillah sanah bergelar " budak Praktikal" coz tu sanah guna tajuk Bila aku sudah JadI budak Praktikal..ada unsur surprise tak ??. Alhamdulillah final exam sanah dah tempuhi alhamdulillah hopely sanah dapat keputusan yang boleh sanah banggakan insyallah, doakan sanah yer.

     Sekarang dan bermula pada tarikh 9.7.2012 merupakah hari first day sanah bergelar "budak Praktikal" sound is good kan praktikal tapi its totally diffrent daripada masa kita belajar dulu, if dulu kita banyak kepada kehidupan sebagai student yang hanya belajar dan ada masa untuk kita bersuka ria. But its diffrent when we have a job , masa kita banyak kepada kerja balik rumah pun hanya untuk berehat urm baru rasa macam mana parents kita berkerja kan, Sanah sejujurnya menyatakan bila kita kerja ni fokus kita memang hanya pada kerja sahaja, fikiran pun hanya berfikir untuk menyiapkan kerja. Tapi apa pun itu hanya pendapat sanah jer,,korang pula?

     Ok lah sanha nak Bagitahu ckit tentang skop bidang yang sanah perolehi masa praktikal ni. okey sabah berkerja dibawah syarikat PERBADANAN PINJAMAN SABAH means sanah dibawah kerajaan negeri sabah. Ok first day tu dah targer nak dapat deparment HR but sayangnya sanah tidak diletakkan disitu, sanah berada di department CREDIT CONTROL. Ok first itu sangat2 risau juga coz sanah tak tahu apa skop tugasan sanah , tapi alhamdulillah sanah da tempuhi bertugas dibahagian department tersebut ianya boleh tahan lah ehh....sanah boleh ikut rentak staff yang lain,









        Ini lah situasi tempat sanah kerja, ehh apa pun hope sanah boleh menyempurnakan praktikal sanah insyallah selama 4 bulan ini. doakan sanah juga.

Monday, May 28, 2012

Its Hurt

Assalamualaikum

       Entry ni kali ni banyak akan melibatkan kesedihan yang melanda diri ini terutamanya dalam minggu lalu mungkin Allah ingin menguji diri ini, insyallah saya yakin diri ini pasti akan tabah dan kuat menghadapi semua yang berlaku. kenapa aku masih mengharap kat dia ek? kenapa hati ini masih lagi tak boleh padam nama dia? persoalan-persoalan,

       Memang tak dapat sanah nafikan sanah pernah jatuh cinta dan sayang kat dia tapi itu dulu , tapi bila cakap pasal dulu tu ok fine boleh terima tapi macam mana pula sekarang ni? memang susah nak bagi ttahu yang sanah memang tak ada perasaan langsung kat dia but perasaan itu pasti datang dan mengatakan i still love him that my heart said but my brain said its ok sanah let him go myb he is not for you.still confius anyaway sanah yakin Allah have a plan for me. tak dapat sanah katakan memang hati  sanah tengah merasakan kelukaan apabila mata ini melihat kemesraan korang bersama.

        Tak tahu lah kenapa sanah kena jelez banyak benda yang sanah tak pasti buat masa sekarang ni , sanah akan biarkan jela benda ni berlaku coz right now i need to fokus on my study ,,, exam around the coner uhh.  I am hurt but i still have allah that  make me strong,,,

Tears Make me caLm plezz


Wednesday, May 23, 2012

~ Aku dan Dunia Blog ~

Assalamualaikum..

          Blogwalking..BlogwaLking...TetiBa * Ting * ( tu bunyi idea datang lah ) tadi baca la entry pasal YUYU ZULAIKHA urm sanah baca tentang birthday beliau urm dah 23 ye,,Happy birthday YuYu, sama umur tapi sanah tak sampai 23 tu lagi ehh...( saja nak gto umo lum sampai 23 kan ) ok lah tetiba baca 1 wish tentang birthday yuyu iaitu berjaya dalam dunia blog. tetiba otak ni terlintas pula nak tulis entry ni ehhh sanah dan dunia blog.

         Dunia blog bagi sanah merupakan satu dunia yang agak fantasi dan agak realiti , terus terang sanah katakan kat dunia blog ni lah sanah banyak belajar tentang fesyen, life dan macam-macam lagi . Bagi sanah juga dunia blog ni membuatkan sanah bebas berkarya maksud sanah menulis tentang pendapat sanah, tentang apa yang sanah rasa, dan yang paling penting bila kita dapat share something dengan readers then readers pula bagi respon yang positif. Setakat ni alhamdulillah sanah dalam dunia blog ni tak da lah lagi yang benda-benda negatif yang membuat sanah down semuanya positif( maklumlah tak popular kikik ).

         Blog" My diary My blog" totally tentang kehidupan sanah sendiri yang mana sanah akan tulis tentang apa yang sanah lakukan then apa yang sanah rasa dan apa yang sanah rasa perlu untuk kita berkongsi just simple blog. Kiranya ada juga impian nak jadikan blog ni blog yang boleh kita berkongsi tentang fesyen or anything lah tapi tak kesampaian lagi coz sanah tak aktif buat masa sekarang ni nak tulis entry ini kerana kekangan masa. Insyallah satu hari nanti sanah akan banyak share dengan korang ok.  Memang banyak impian saat ni untuk bLog online sanah ini tapi masih lagi tak dapat nak direlisasikan okey hope korang le doakan sanah ehh,,,,

Bila lah agaknya impian jadi kenyataan

Monday, May 21, 2012

Entry Bergambo ~ngeh~

Assalamualaikum...

          Entry kalI ni akan dipenuhi dengan gambo-gambo so sila la bersedia okey,,,









Friday, May 18, 2012

Impian IngIn BerPhotOshOt

Assalamualaikum..

         Disebabkan malam ni kak sanah tak dapat nak tido kerana after migrib tadi kak sanah migrin then tertido sedor je kak sanah ni dan nk dekat jam 11 ehh,,,Malam ni tertiba rajin blogwalking urm nampak ramai yang ada koleksi gambo photoshot ( Gambo ala-ala model ) actually lama dah kak sanah nak berphotoshot ni tapi malu ehh lagipun kita tak ada kamera canggih cam korang kan pergh sian kak cenah ehhh,,, so nak gak pasang niat berphotoshot urmm bila lah nak tercapai kan ..ada tak yang sudi nak jemput kak sanah ( xda maknonyala) en ni kaku bila post ehhh,,,,,

tengok Je la

tersurpise ko kak sanah oiii

sangat2 kaku,,,,,perghhhhhhhhh
           Okey nampak kan den ni tak brapo nk pose ni ,,tapi ada niat gak nak wat gambo ala2 model tu ehh .. kak sanah kalau boleh nak sangat berphotoshut dengan blogger2 kat luar sana tu terutamanya blogger kat nogeri sembilan ni haa tu pun kalo ado sudi nak berphotoshut dengan den ni..haa so sape2 yang terbace la entry den ni jemput la den haaa ( muka blushing) kikikikik,,,Actually nak gak pose dengan seorang blogger emes pemes ni iaitu Nisa Kay ehh kalo dia terbaca entry ni urmm adakah beliau sudi berphotoshut dengan den ni ehh,,,,,

           Fuyooo sangat2 berimpian kak sanah bercerita malam ni sampai le pula lewat tido. Dah la den ada kuliah esok uhh Layan je la coleteh Kak sanah ni ok. sebenarnya malu gak taip entry ni  ehh ( gelak manja ). Apa pun kita masing -masing ada impian so tak salah kan nak bercerita pasal impian kita tu..its like me to write my dream in my online diary...so i need to stop write ok sambung keja ehh,,,muahhhhhhhhhhhhhh untuk pembaca entry ni,

Tuesday, May 15, 2012

AkU DengaN KeBuzyaN ku dan juga akTivitiku

Assalamualaikum.

       Selamat pagi yeeap sanah buat entry lagi walaupun da jarang nak buat kan,,,dah tak cam dulu always je update blog ni urm sekarang ni nak cari masa, idea n whateverlah pun susah. Ok lah korang minggu lepas merupakan minggu yang buat sanah stress dengan assigment kena submit dengan presention lagi urmm sakit otak tau.. yang paling tak boleh lupa adalah tido sangat limited uhh...tido jam 4 pagi then kena bagun pagi pula tu pun kalo ada kelas pagi lah..so sangat2 buzy, uhhh,.,

       Minggu lalu gak sanah ada follow satu aktiviti iaitu program kesukarelaan yang mana bertempat dikelana resort seremban urm apa pun aktiviti kat sana sangat-sangat bermanfaat buat sanah lah , banyak info-info berkaitan kesukarelaan ini di dedahkan ,,aktiviti ni sebenarnya merupakan aktiviti anjran Institut sosial malaysia,, kehadiran bukan sahaja daripada kampus kitaorang tapi turut hadir pada hari itu adalah daripada mahasiswa Universiti Pertahanan Malaysia,

         Banyak pengalaman yang sanah pelajari berkaitan aktiviti kesukarelaan ni, sebenarnya nak buat aktiviti sukarela ni tak semestinya menggunakan duit yang banyak cukup dengan niat dan sedikit usaha insyallah pasti akan berjaya " ceh ambik kau ayat" sanah pun terpanggil menjadi seorang sukarel
Ni laH ahLi -ahLi panel

PosiNg dlU yer

SiLa abaiKan ehh

            even masa sanah sangat terhad sekarang ni , sanah nak kena fokus exam final tak lama lagi ,,ni lah exam kali terakhir di peringkat ni urm tetiba sedih pula pagi-pagi ni. Kita ke aktiviti lain pula ehh korang da tengok ke cerita nongkrok tu ?? mesti ada yang angguk mesti ada yang geleng kepala kan...Sanah dah tengok bagi sanah le tahan lawak dalam cerita tu,,habis satu panggung gelak,,sanah le bagi 3 star la kat movie ni..so pada sape yang tak tengok lagi pergilah tengok,,terutamnya yang tengah stress sangat tu,,,,tima kasehhh

Thursday, May 3, 2012

SaNgaT RinDu deNgaN awaK..

Assalamualaikum

            paGi-Pagi wakE Up taK ada kerja lain nak Tulis sometHinG yang terbuku dihatI ,,,,Terbuku la sangat..Awak saya happy kenal dengan awak even kita tak lah kenal sangat rapat tapi kenangan banyak tercipta diantara kita. Kita banyak bercoleteH dimuka buku..theN Paling tak lupa hari-haRI Ym akan menjadi penghubung kita even masa tu cuti semester 3 bulan. ..tak cukup YM kita akan selalu sMs entah lah banyak sangat sms sampai kadang nak gelak je bila baca. Awak memang slumber je orangnya. Ingat lagi memory masa tu saya tulis status kat FB saya terkandas kat jem masa nak raya wak laju jer sms saya tanya saya ok ke?? still lagi terkandas kat jalan,,,so sweet

            Bila saya tulis sesuatu kat muka buku awaklah orang yang paling rajin nak komen masa tu cam rasa nyampah juga dalam hati pa sal lah mamat ni tak ada keja lain ke asyik nak komen status je..apa yang buat saya happy bila cuti semeter 3 bulan itu awak banyak tulis kat Laman muka buku saya ..ada je la awak tulis kat wall saya,masa tu saya langsung tak rasa apa- apa pun just pelik apa sal lah mamat ni suka conteng wall muka buku saya

           Bila je cuti semester 3 bulan berakhit sanah balik kampus masa tu happy gak coz dah boleh jumpa awak, awak pun tak sabo2 nak minta buah tangan saya bawah dari sabah, but ada satu ancident yang buat saya sedih masa tu ialah ,,saya kehilangan Handphone masa sampai je tak dapat nak sms awak and bagitahu awak handphone saya hilang. Masa tu hanya FB n YM menjadi penghubung kita, saya bagitahu awak HP saya hilang ....awak kata its ok nanti beli hP baru jangan lupa save No awak haa.. Balik kampus memang Buzy so tak dapat nak berYM n BerFb dengan awak and Buah tangan untuk awak pun saya lambat nak bagi seminggu tu awak baru nak tuntut kan.

        
          Masa awak tuntut tu kita jumpa ,masa itu malu sangat nak jumpa awak kikiki shy--shy cat perghh tapi awak memang slumber je ,,,macam biasa..Kawan -kawan sanah pun bukan main lagi nak kenakan saya siap kata nak g date ke..padahal nak bagi barang buah tangan kat awak je pun. cerita tu tak habis kat situ. Plan cuti ke genting merupakan satu plan yang lama kotaorang da plan tak sangka awak pun nak ikut sama,,,,,,TaPi u need go back kan tapi its ok saya rasa bersyukur bila awak da hantar da g genting walaupun tak stay dengan kitaowang,,,i know u r buzy,,


p/s: apa sal sanah membebel panjang2 ni haa,,,Ni adalah kisah dlu2 okey just hanya memory je,
           

Tuesday, May 1, 2012

~ AveNgeRs Time ~

Assalamualaikum.

                 Serba salah dibuatnya nak buat entry ni haa maklumlah baru nak muncul kan haa. Sorry2 ok baru nak update tetiba tak ada mood nak berblog dua bulan lalu. Sekarang ni sanah muncul dengan banyak story tapi entahlah dapat tak sanah nak cerita ni maklumlah da macam pekasam da cerita sanah ni haaa....2 bulan menyepi dalam dunia blog still buzy dengan life as a student ( finaL year student ) ehh. Ok tak nak berLeter panjang- panjang.

                 Marvels Avengers urm cam pernah dengar je ??? haa sekarang tengah hot kat panggung sedunia ( sedunia ke or malaysia ) entah yang penting sekarang memang demam marvels yang mana semua hero -hero berkumpul urmm pilihan mestulah " IRON MAN " hensem , kacak bergaya urmm pa lagi haa.nak dijadikan story nak tengok marvels ni banyak halangan yang perlu ditempuhi. First masa nak pergi totally memang tak ada space langsung untuk kita orang, first pergi memang hampa la wat muka sian jap ermm dengan harapan abang tu bagi seat haa tapi hampeh tetap tak do juga,

siaN tak daPat nak tgk,,,DapaT gamBo pun jadILah

LepaK duLu nak tUnggu LockoUt tak jadi nak naK tgk marvEl.

WiTh My BFf aRdiaN..PnaT nunGGu ek
              TaK dapat nak tengok marvel hari itu kitaorang decide tengok lockout urm syok juga tengok cerita itu kira berbaloi la juga kan ehh its ok tapi berazam nak tengok juga ehh cerita marvels ehhh.


 ~KeraNa Tak saBO ehh HarI isnIn KitaoRg pergI laGi kalI ni misi Kena berjaya ~


            YeaH akhirnya berjaya tak dapat Jam 9.10pm urm kitaorang cuba jam 11.10pm tak dapat juga seat sangat-sangat depan then yang last 12.10pm yeahhhhh happy ada juga perghh sungguh laku semua avengers ni haa.Oleh keraNa Tak ada keja lain nak Tunggu ni lah kerja 3 orang budak yang kemaruk dengan marvels ni ehh,,,kali ni tak pergi dengan ardian ehh ( tanpa pengetahuan dian kita orang pergi bertiga je )

aLways wiTh Bff,,Bf xder ka aww gedik kiki

Tak adO keja la hang ni,,,sanah..

GiLo bebeNo,,,gambo

Ni memang da xda keja org laiN tgh fiTTing sanah n sania mgedik dpn cernin..




           okey da habis edisi bergamno jom naik panggung ehh urm berdebar-bebar nak tengok marvels-marvels ni haa ayat aku bukan main lagi. Perghh memang tak dapat dinafikan terbaek superhero-superhero  amerika ini haa..lawak pula tengak Hulk Tu urmm nak gelak tengok dia jer uhh..habis jer tengok wayang jam 2,15am ambik kau haa,,Lagi pun cuti kan esok harI pekerja kikiki walaupun bukan pekerja.OkeY guys Harap korang sudi baca leteran sanah ni ehh,,,,,see u ,