Sunday, March 24, 2013

Impian A-canah

Assalamualaikum...


Hello guys, selamat menunaikan solat magrib bagi warga yang berada di semananjung, kat sabah dah nak isyak itu lah perbezaan waktu semanjung sabah n sarawak. Motif cerita pasai waktu tak ada kena mengena dengan tajuk di atas itu sila faham ehh.. Ok let us talk about Impian A-canah. Siapa Acanah tu ek..tak payah la buat-buat tak tahu dah memang sah lah aku kan. A-canah tu merupakan panggilan my mentor masa Latihan Industri dulu ,,dia akan selalu panggil A-canah..

Bercerita pasai impian ni cik, puan dan tuan-tuan sekalian , sanah memang excited lah okey kenapa ? coz sanah begitu obses terhadap impian sanah ni in sha Allah jika ada rezeki sanah nak sangat mendalami bidang ini . Mungkin korang tertanya-tanya apa sebenarnyanya impian cik asanah ni . Oleh kerana minat sanah dari sekolah menengah adalah kepada fesyen so oleh yang demikian sanah nak menjadi  jeng...jeng... Pereka fesyen lah haa.... 

Mungkin ada yang pelik bukan coz sanah bukannya ambil degree berkaitan dengan fesyen ataupun  rekaan tetapi sanah percaya jika kita minat sesuatu benda tu ianya akan berhasil jika kita berusaha ke arah itu tapi semua pun dengan izin Allah. Disamping ingin menjadi pakar dalam bidang ekonomi sanah juga berharap sanah dapat memenuhi impian sanah untuk menjadi pereka fesyen...

Terus terang sanah memang tak pandai nak melukis tetapi sanah hanya menggunakan daya imaginasi sahaja, tetapi tak bermakna sanah tak mencuba untuk melakar ataupun melukis baju ya cik-cik and akak2 sekalian. banyak benda lagi sanah kena belajar contohnya belajar teknik menjahit, mengenal pasti fabrik dan banyak lagi.. ni first time sanah cerita pasai impian sanah kat public ehh,, doakan sanah ye..


Hasil air tangan A-canah  sekadar mencuba.


No comments: