Friday, March 1, 2013

1 .3.13 What Happen??

Assalamualaikum.


1.03.2013 - Buka Fb macam biasa , dalam baca-baca status orang tu semua majoriti kata" dengar Lahad datu kena serang" berita semakin menjadi-jadi bila semua orang terutamanya orang sabah meng"update"kan benda yang sama iaitu tentang perang yang tercetus di Lahad datu. Masa itu, apa yang sanah rasakan adalah risau, kerana ianya  satu berita yang mengejutkan kerana yang mengaitkan tentang perkara yang di takuti iaitu " PERANG " Hanya Allah saja yang tahu pada betapa risaunya hati ini, memikirkan rakyat yang berada di lahad datu dan sampai sekarang kerisauan itu tak terhenti.

Sungguhpun sanah bukan berada di Lahad datu tetapi sebagai rakyat sabah yang tinggal di sabah ni risau memang ada, perkara yang paling merisaukan adalah apabila tepat jam 12.00pm semua status kat FB mengatakan ada tentera yang terbunuh.  Ya Allah pada masa itu sanah rasa dah tak tentu arah dah kerana ianya melibatkan nyawa.. akhirnya berita yang diberikan disahkan melalui berita di BERNAMA.


Sedih, risau dan marah semua ada namun kesedihan pada masa ini mengatasi perasaan yang ada sekarang akhirnya parajurit kita terkorban yang paling menyedihkan ,penerimaan keluarga mereka terhadap kematian wira negara itu. Sungguh pilu bila melihat anak kecil mengatakan " papa kena bom" air mata menitis ketika anak kecil itu berkata demikian.








Takziah buat keluarga, wahai rakyat malaysia marilah kita mendoakan agar sabah dan malaysia masih berada dalam keadaan aman dan berharap agar ianya pulih seperti biasa aamiin. Hentikan persengketaan politik pada masa ini ,tolong tumpukan perhatian kepada isu yang mana akan menjejaskan ketenteraman negara. Jika dulu kita selalu memainkan isu gaza dan perihatin kepada mereka ,saya rasa pada masa kini isu itu perlu beralih kepada Lahad datu dan rakyat Malaysia pula...#PRAY for LD#.Kawan-kawan blogger sekalian sanah pinta korang doakan kesejahteraan rakyat di Lahad datu dan melakukan apa yang terdaya untuk membantu warga yang berada dalam zon bahaya pada masa ini.

No comments: