Friday, February 8, 2013

Nak Tak Rambut Berseri???

Assaalamualaikum..

       
         Salam jumaat semua kepada warga blogger sekalian , hari ini tetiba nak tulis pasal penjagaan  rambut wanita bertudung,  Orang kata rambut itu merupakan mahkota perempuan so, kita tak boleh abaikan walaupun kita ni wanita berhijab betul tak ?. Sekarang ini berlambak produk penjagaan rambut, macam sanah sendiri pun sanah tak terlepas daripada menjaga kecantikan rambut walaupun bertudung, bagi sanah wanita berhijab sangat-sangat memerlukan produk yang bersesuaian dengan rambut mereka, maklumlah dah bertudung ini kepala cepat berpeluh , panas dan kulit kepala pun kurang bernafas, tetapi semua ini tak menghalang kita untuk mendapat rambut yang cantik sekiranya kita tahu produk yang sesuai dengan rambut kita. So, hari ini sanah nak share dekat korang semua produk yang sanah gunakan yang mana sesuai dengan masalah yang rambut yang sanah alami sekarang:

  •    korang mengalami rambut kering  dan beralun ( Maksudnya Kasar )
  •    Rambut yang sukar di urus , sampai susah nak sikat.
  •    Rambut Yang gugur dan membuatkan anda risau.






       Shampoo sunsilk pink ini memang khas untuk merawat rambut seperti yang sanah dah katakan kat atas tadi. Alhamdulillah setelah beberapa kali sanah menggunakan produk sunsilk ni masalah yang sanah hadapi itu dah semakin berkurangan yang bestnya rambut semakin licin rambut dan lurus. Apa pun produk ini memang sesuai dengan sanah jangan ada pula nanti blogger kat luar sana nak salahkan sanah kalau cuba produk ini tak mendapat hasil yang di inginkan. Semua ini bergantung pada masalah rambut yang korang hadapi dan juga keberkesanannya adakala setiap orang berlainan, ada yang mengambil masa yang lama dan ada dalam masa yang singkat  untuk mendapat hasil yang di inginkan. Nak cerita pasal produk sunsilk pink edition ni sebenarnya set yang lengkap adalah 4 produk tetapi masa nak beli tu sanah tak jumpa yang produk  yang lagi satu so move on je la.:
  •  First Gunakan shampoo Sunslik
  • Gunakan conditionar
  • Gunakan treatment rambut 
      Apa yang penting yakin dengan produk kita gunakan dan disamping itu kita nak sesuatu yang cantik tu pun kita kena juga minta dan berdoa inshaallah semuanya akan mendapat hasil yang di inginkan.Lagi satu sanah suka Sunsilk ni coz dia warna pink ehh , dah memang gila dengan warna pink so kalau boleh semua produk-produk sanah gunakan nak ada colour pink ... Sekian Terimass pada yang yang sudi membaca entri ini. Wasalam Muahhhhhh.....

No comments: