Wednesday, June 26, 2013

Doakan untuk Muslimin dan Muslimat syria.

Assalamualaikum..


Kali ini sanah menulis topik yang agak serius sikit ianya berkaitan dengan konflik yang berlaku di syria. Pertamanya sanah tak ambil kisah pun dan ambil tahu tentang konflik tersebut , tetapi bila sanah menonton Assalamualaikum kat Tv Al-Hijrah sanah terpukul dan tersedar. Agtagfirullahalazim sungguh kejamnya c bahsar ni tak tahu nak kata apa, Lagi kejam rakyat sendiri yang menjadi mangsanya . Rentetan daripada kisah menonton program tersebut sanah terpanggil untuk menghebahkan dan memberi info berkaitan hal yang berlaku di syria melalui Facebook.

Sanah menghebahkan hal tersebut kerana sanah sedar dan dapat tahu daripada perbincangan di program Assalamualaikum tu yang hal berkaitan syria ini kurang mendapat perhatian dek kerana kurangnya berita di media. Ini merupakan fakta yang sanah baca berkenaan syria

 Fakta kekejaman rejim Basyar terhadap revolusi di Syria sekarang menunjukkan kematian 8,500 orang penyokong revolusi, 39,000 orang cedera, sementara 19 doktor serta 40 orang pesakit sebuah hospital di Doma dibunuh dan 180,000 tahanan dalam penjara diseksa yang mana 413 orang .


Video ini sudah cukup menceritakan kekejaman yang dilakukan oleh rejim bahsar itu , sungguh pilu hati melihat anak kecil ini walaupun dengan memegang kertas tapi wajahnya sudah cukup menceritakan kesedihan yang anak kecil ini hadapi. 


Secara peribadi sanah melihat video ini, sanah hanya mampu menangis dan mendoakan anak-anak kecil ini ditabahkan hati untuk berjihat di jalan Allah. Sungguh beraninya kamu anak kecil in sha Allah, Allah sentiasa bersama kamu. Kami juga turut bersama anda wahai warga syria yang tertindas Doa kami seiring dengan Perjuangaan Kalian aamiin. 

# Pada rakan-rakan yang berkemampuan silahlah infak sedikit harta anda mahupun wang untuk membantu warga syria yang tertindas ini , Banyak dah NGO yang menyediakan akaun-akaun untuk membantu mereka. Kepada golongan yang tak berkemampuan wajib kepada kita mendoakan mereka agar mereka menang dalam Perjuangan mereka aamiin.

No comments: