Hai semua, kali sanah akan buat satu entri khas tentang Tips wajah bulat edisi berhijab II okey. Mungkin ada yang tertanya kenapa kali kedua. Sebabnya sanah dah buat entri tu so ini untuk kali yang kedua so pada yang terlepas sila baca SINI. Ada yang tertanya apakah yang sanah maksudkan apabila kita bertudung mestilah melepasi TULANG PIPI wahai si wajah bulat?
So atas permintaan fatin sanah akan terangkan apa yang sanah maksudkan dengan " melepasi tulang pipi" hope ianya membantu ok.
Seperti gambar di atas apa yang si wajah bulat harus elakan adalah apabila melipat tudung or memakai tudung or korang kena pastikan ianya melepasi garisan 2 itu okey ianya akan mengelakan bentuk muka anda menjadi semakin bulat. Dalam gambar ni sanah melipat tudung pada bahagian 1 dan ianya kelihatan bulat bukan..
See bila kita melipat tudung pada bahagian 2 ianya membuatkan paras muka kita lebih tirus dan kelihatan tidak bulat seperti bola ehh.. so sanah harap ianya sangat membantu terutamanya mereka yang risau berwajah bulat itu untuk berfesyen dalam hijab.
To fatin hope ianya membantu.
No comments:
Post a Comment