JENIS KEGUGURAN RAMBUT..
* Androgenetik alopesia Ia merupakan masalah keguguran rambut yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki dan wanita. Ia juga dikenali sebagai salah satu bentuk kebotakan pada lelaki (male pattern baldness). Ia disebabkan oleh kombinasi tiga faktor iaitu:
Rawatan agak sukar dan mahal, namun mereka yang ingin mendapatkan rawatan dinasihatkan berjumpa pakar yang arif untuk merawat penyakit ini. Ini kerana terdapat ubat-ubatan yang disahkan berkesan penggunaannya. Sebaik-baiknya, elak menggunakan ubat-ubatan yang tidak diketahui kesannya * Alopesia areata Masalah keguguran rambut setempat pada kepala ini tidak diketahui puncanya. Prognosisnya agak baik tanpa rawatan, bagaimanapun adakalanya ia akan pulih semula dalam tempoh enam hingga 12 bulan. * Telogen effluvium Masalah ini boleh berlaku antara dua hingga empat bulan selepas proses kelahiran, demam panas, penyakit-penyakit akut, tekanan fizikal atau emosi dan diet tidak seimbang (crash diet). Namun, rambut yang gugur ini akan tumbuh semula selepas beberapa bulan, tanpa memerlukan sebarang rawatan. |
PUNCA-PUNCA KEGUGURAN RAMBUT YANG SERIUS |
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala. Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada: * Melahirkan anak Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih. * Penyakit tiroid Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut. * Demam, jangkitan dan selesema yang serius Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala. * Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal. * Ubat-ubatan Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut. * Rawatan kanser Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala. |
CREDIT TO :Malay Herbal Medicine |
Erm sekarang pun sanah Memang alami bnda ni dulu ingat tak teruk la tapi sekarang da namk da kesan dia ada dah part2 bahagian rambut sanah yang agak kekurangan rambut risau gak,,,,,nak g YUN NAM la tapi YUN NAM ok tak,,sapa da pengalaman kat YUN NAM gto sanah ok,,,.
6 comments:
ahaks....
luckily pompuan jarang xde rambut kat tgh2 macam gambo tuh..hehehe...
tp cian r laki2 yg botak gitu...saham jatuh beb..:)
alahai.. x dapat bayankag klaw zwan ada masalah keguguran rambut... mimpi ngeri tuu.. HUHU
MySuaraBlog: Bergosip Di Bulan Ramadhan
zwan: haaa tu la pasal..kan kwong rmbut ala2 k-[op ehh klo mcm dlm gmbr2 tjadi,,xla nk wat rmbut k-pop
harap2 aku tak gitu lahhh..
nk maintain rambut ku
yg tak berapa nk korea ni..
hahahahahaha
=)
huaaa takot la kalo rambut gugur huuu :)
faerid; haaa tau xpa jd pas ni kau jga larmbut yg xbrapa k-pop 2 ok
nuruhuda: haaa mmg takut tp sanah da alami skg ermm sedey,,,
Post a Comment